
“Ini Rare Ni” – Lelaki Dapat Hadiah Kahwin Dua Set Sport Rim Buat Ramai Teruja [Video]
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat setiap seorang rakan pengantin itu memegang satu sport rim dan membawanya ke pelamin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari pernikahan atau perkahwinan merupakan detik yang amat bermakna buat individu.
Namun, ia menjadi lebih bermakna apabila diraikan bersama yang tersayang khususnya ahli keluarga dan kenalan rapat.
Bagi kebanyakan orang, selain memenuhi jemputan walimatul urus, antara cara lain yang boleh dibuat sebagai meraikan saat bahagia seseorang adalah melalui pemberian hadiah kepada pasangan pengantin.
Kebiasaannya, hadiah yang diberi merupakan sesuatu barang yang boleh digunakan oleh pasangan suami isteri itu antaranya seperti barangan elektrik, set pinggan mangkuk dan cadar.
Dapat Dua Set Sport Rim Sempena Hadiah Kahwin
Namun, berbeza pula dengan pasangan pengantin yang berasal dari Kudat Sabah ini apabila menerima hadiah yang boleh dianggap ‘rare’ bagi sesetengah pihak.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @lanunsesat, pasangan pengantin yang mengenakan persalinan baju songket warna hijau dan sedang bergambar itu dikejutkan dengan kehadiran sahabat baik mereka.
Apa yang menjadi perhatian adalah kesemua rakan pengantin itu membawa hadiah perkahwinan berupa dua set sport rim yang berwarna emas dan perak istimewa buat pasangan tersebut.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat setiap seorang rakan pengantin itu memegang satu sport rim dan membawanya ke pelamin.
Pada ketika itu, dapat dilihat reaksi pengantin lelaki yang seolah-olah tidak percaya dan terharu dengan tindakan rakan-rakannya itu.
Difahamkan, kesemua mereka dipercayai merupakan kenalan daripada kelab Perodua Bezza.
“Terima kasih hadiah kahwinnya,” tulis pemilik video berkenaan.
Pengguna Media Sosial Teruja, Ramai Mahukan Hadiah Sedemikian
Video yang telah mendapat lebih 700,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka khususnya lelaki teruja melihat hadiah sport rim yang diterima oleh pengantin terbabit.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan hadiah sebegitu sebagai ‘rare’ kerana berbeza daripada kebiasaan.
Ada pengguna media sosial yang turut berseloroh meminta hadiah kahwin sebegitu daripada rakan mereka.
Berikut merupakan komen pengguna media sosial:
“Bapak Rare Mat”

“Untuk Kawan-Kawanku, Sempat Lagi Ni Mengumpul Duit, 5 Tahun Lagi Baru Majlis Ku”

“Dapat Rim Tu, Istimewa Betul Hadiah Kahwin, Banyak Betul Dapat Rimnya”

“Bestnya Dapat Hadiah Kahwin Begini”

Baca Artikel Berkaitan: “Rare Hadiah Dia” – Netizen Teruja Pengantin Dapat Kambing Sebagai Hadiah Kahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dapat Mi Segera Sebagai Hadiah Kahwin, Pengantin ‘Akur’ Dengan Gurauan Rakan-Rakan [Video]