fbpx
Now Reading
Ramai Kagum Wanita Pandu Axia Kekal Tenang & Sempat Bergurau Lepas Terbabit Kemalangan [Video]

Ramai Kagum Wanita Pandu Axia Kekal Tenang & Sempat Bergurau Lepas Terbabit Kemalangan [Video]

Menerusi video yang dimuat naik, Mastura turut memaklumkan dia seperti ingin mengelak sesuatu sebelum terbabas ke dalam semak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesiapa sahaja yang berdepan dengan detik cemas seperti kemalangan pasti akan berasa gusar, takut, menangis, tidak tentu arah serta banyak lagi.

Malah ada segelintirnya buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dek kerana terkejut dengan insiden yang berlaku.

Wanita sempat bergurau lepas terlibat kemalangan

Namun berbeza dengan seorang wanita yang memandu kereta Axia ini apabila dia masih sempat bergurau meskipun baru sahaja terbabit dalam kemalangan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mastura di TikTok, awalnya dia menunjukkan kereta Axia putih yang dipandunya telah terbabas di dalam semak yang berada di bahu jalan.

Kelihatan kereta axia itu terbabas sedikit jauh dari bahu jalan manakala bumper di bahagian depan dilihat seperti sudah renggang.

Namun apa yang menarik perhatian meskipun sudah terlibat dalam kemalangan, Mastura masih sempat bergurau dalam video tersebut.

Seperti sedang memujuk kereta Axia yang berada dalam semak

Malah gurauannya itu seolah-olah seperti sedang memujuk Axia putihnya itu yang merajuk sehingga menyebabkan mereka kemalangan.

“Saya tak ada niat pun, memanglah saya kata nak beli kereta Axia baru tapi saya tak kata saya jual awak (Axia) kan?

“Kenapa hari ni awak tak perform? 8 tahun kita perform sama-sama, drifting. Hari ni kenapa awak tak perform. Kenapa hari ni kita ke dalam semak? Ini bukan jalan yang sebenar nak pergi kerja my baby.

“Ini bukan jalan sebenar, kita dah sesat” katanya dalam video tersebut.

Syukur selamat dan tiada sebarang kecederaan

Namun dalam masa sama, Mastura juga turut bersyukur kerana dia berada dalam keadaan selamat serta dilindungi Allah SWT selepas terbabit dalam insiden yang mengerikan itu.

Mastura turut memaklumkan ketika kemalangan itu dia terselamat daripada merempuh tiga tiang elektrik sebelum masuk ke dalam semak.

Kongsi bagaimana kemalangan berlaku

Dalam satu lagi video, Mastura memaklumkan dia sebenarnya dari arah yang bertentangan dan ketika melalui selekoh dia ingin mengelak dari sesuatu benda sebelum terbabas ke dalam semak.

Insiden itu turut membuatkan kereta Axia yang dipandu terbang memasuki kawasan semak terbabit.

“Axia membuat perfomance terbang, dan dia berkata ‘I believe I can fly, I believe I can touch the sky.’

“Itu bukan langit baby, itu semak. Mommy takut tadi,” ujar Mastura sambil bernyanyi.

Tersedar ingin mengelak dari selekoh

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan, Mastura turut menjelaskan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku apabila ada yang mengatakan dia mungkin membawa kereta pada kelajuan 130km/j.

Jelas Mastura, dia sering berulang-alik menggunakan jalan tersebut sepanjang 4 tahun bekerja, dan membawa kereta pada kelajuan 80-100km/j namun selekoh tersebut antara kawasan di mana dia akan kurangkan kelajuan.

Namun ketika kejadian itu mungkin dia terleka kerana secara tiba-tiba tersedar dia seperti ingin mengelak dari selekoh itu.

“Orang patut tekan brek, yang saya sedar bila dah berhenti kereta saya dekat selut (semak) tu. Saya dah free gear, tarik brek tangan tetapi kereta masih meraung. Saya periksa kaki saya tekan minyak penuh sampai ke lantai.

“Mungkin sebab tulah kereta tu terbang.”

@masturamk

Replying to @AidilBMTH saya tak setuju dgn apa abang cakap, saya rasa lebih 130kmh waktu terbang tu😅 gurauu bang gurauuuu

♬ original sound – Mastura Mk – Mastura Mk

Ujarnya lagi, pada awal insiden berlaku dia juga takut dan video yang dirakam sehingga mendapat perhatian ramai itu direkod selepas Mastura bertenang dan bersyukur tidak berlaku sebarang perkara yang memudaratkan.

@masturamk

Replying to @CikRose saya laa manusiaaa no syatuuuuu terpalinggg serabut dan huru hara 🤣

♬ original sound – Mastura Mk – Mastura Mk

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dan kagum apabila melihat Mastura boleh bertenang ketika merakamkan video gurauannya itu.

“Jauh tu dia terbang”

“Kak pagi-pagi dah buat saya terhibur, ‘maaf pokok-pokok'”

“Bagusnya, tetap tenang sambil menyanyi. Satu dalam 1000.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.