fbpx
Now Reading
Batik Berasal Dari Malaysia Atau Indonesia? Ini Penjelasan Zhiddin [Video]

Batik Berasal Dari Malaysia Atau Indonesia? Ini Penjelasan Zhiddin [Video]

Menurut Zhiddin, industri batik telah lama wujud di India dan China sejak 2,000 tahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Indonesia dan Malaysia merupakan sebuah negara yang serumpun ia dilihat seperti sama namun mempunyai sedikit perbezaan.

Beberapa perkara seperti makanan, budaya dan sebagainya sering menjadi bualan apabila ada yang mengatakan ia berasal dari Indonesia dan ada juga mengatakan ia berasal dari Malaysia.

Malah perkara ini juga boleh berlarutan sehingga ia menjadi pergaduhan antara masyarakat di dua negara ini untuk menyatakan ia berasal dari tempat masing-masing.

Sebelum ini, isu batik berasal dari Malaysia atau Indonesia juga menjadi satu topik hangat apabila ia dikatakan berasal dari negara jiran. Namun di Malaysia kita juga mempunyai industri tersendiri dalam menghasilkan batik asli.

Zhiddin Aziz jelas dari mana asalnya batik

Sedar perkara ini membuatkan ramai masyarakat di dua buah negara keliru, Zhiddin Aziz kemudianya telah tampil membuat eksperimen sosial untuk bertanya kepada seorang individu dari manakah batik berasal.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok rasminya, individu itu berkata batik berasal dari Indonesia. Malah turut mendakwa UNESCO juga mengiktiraf batik berasal dari negara jiran.

“UNESCO iktiraf batik dari Indonesia atau batik Indonesia dari Indonesia?” soal Zhiddin.

Sudah wujud di India dan China pada 2,000 tahun lalu

Dalam video sama, Zhiddin turut menerangkan dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh UNESCO menerusi laman sesawang memaklumkan pihaknya juga tidak tahu batik sebenarnya berasal dari negara mana.

“Tetapi kami (UNESCO) percaya, batik masuk ke Asia melalui benua kecil India. Itu UNESCO yang cakap bukan Malaysia yang cakap tau. Jadi kenapa tak marah UNESCO?

“Kalau Malaysia dan Indonesia bertelagah batik milik siapa? Ini India, China pada 2,000 tahun dahulu dah ada batik.

“Batik sudah bertapak, wujud di sana,” ujarnya.

Di zaman Firaun juga ada kain batik tersendiri, Malaysia dan Indonesia sepatutnya saling menghormati

Malah dia turut menekankan selain dua negara tersebut Jepun juga mempunyai batik sejak tahun 700 dan memberitahu ketika itu negara seperti Malaysia serta Indonesia juga belum wujud.

Katanya lagi ketika di zaman Firaun juga turut memakai kain batik serta menekankan kita sepatutnya saling menghormati antara satu sama lain.

“Belum saya cerita di zaman Mesir kuno. Firauan pun pakai kain batik tau. Cuba cari kain batik Firaun.

“Apa salahnya kita saling menghormati, keindahan batik setiap negara. Apa salahnya, kita jadikan batik sebagai satu warisan seni yang menyatukan Malaysia dan Indonesia.”

Melihat di ruangan komen, penjelasan yang diberikan oleh Zhiddin ternyata mendapat respon yang positif dari pengguna media sosial.

Malah ada yang berpendapat sekiranya leka bertelagah mengenai isu tersebut maka negara juga sukar untuk mencapai kemajuan.

“Masih banyak orang yang tahu dan tak faham kita ni serumpun. Banyak persamaan..”

“Saya berasal dari Medan, Indonesia. Saya sangat bersetuju dengan apa yang tuan terangkan. Janganlah kita bersengketa dalam warisan budaya….”

“Sejarah Batik Indonesia terkait erat dengan kerjaan Majapahit dan penyebaran ajaran Islan di Pulau Jawa…”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.