fbpx
Now Reading
Chef Ammar Kongsi Keajaiban Beri Kucing Makan, Rezeki Tak Pernah Berhenti [Video]

Chef Ammar Kongsi Keajaiban Beri Kucing Makan, Rezeki Tak Pernah Berhenti [Video]

Menurut Chef Ammar, ketika berada dalam kesusahan dia juga terpaksa membasuh kereta-kereta jiran agar dapat membeli makanan untuk keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pastinya pernah mengalami detik kesusahan seperti diuji dengan masalah kewangan dan sebagainya.

Malah perkara ini adakalanya membuatkan mereka yang sedang menghadapi situasi ini buntu serta tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain bekerja untuk mendapatkan duit.

Namun jika di dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk bersedekah meskipun berada dalam keadaan yang susah kerana Allah SWT tidak sahaja memberikan ganjaran pahala bahkan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang melakukannya.

Chef Ammar kongsi pengalaman pernah susah dan tiada kerja hampir 2 tahun lebih

Baru-baru ini, cef terkenal iaitu Chef Ammar telah berkongsi pengalamannya yang melalui detik kesusahan menerusi satu podcast Plan B di Singapura.

Menerusi teaser klip pendek dari podcast tersebut, Chef Ammar memaklumkan dia mengalami titik getir dalam hidupnya selepas berhenti kerja daripada industri perhotelan pada tahun 2010 disebabkan isu halal.

Terpaksa basuh kereta jiran untuk beli makanan

Katanya sewaktu meninggal industri tersebut ia merupakan perkara yang sangat mencabar kerana terpaksa menggunakan semua duit simpanan dan tidak mempunyai kerja hampir dua tahun lebih.

“Percaya atau tidak untuk saya membeli makanan, saya perlu basuh kereta-kereta jiran,” ujarnya.

Nasib berubah selepas beri makan kepada ibu kucing

Namun nasibnya mula berubah selepas memberi makan kepada seekor kucing yang baru sahaja beranak selepas selesai menunaikan solat Zohor di sebuah masjid.

Menurut Chef Ammar ketika itu, dia hanya mempunyai wang ringgit sebanyak RM10 dan membeli sebanyak empat pek makanan untuk ibu kucing tersebut kerana tahu ia pasti penat kerana baru sahaja melahirkan lima ekor anak kucing.

“Saya masih ingat saya pergi ke kedai membeli empat pek makanan, saya ketika itu hanya mempunyai RM10. 1 pek (makanan kucing) pada masa lalu RM1.10, jadi jumlahnya hampir RM5.

“Jadi saya pergi dan kucing itu seperti faham apa yang saya katakan apabila meminta kucing tersebut untuk menunggunya.”

Minta kucing doakan rezeki

Katanya kucing tersebut memakan kesemua pek yang dibeli dan sebaik selesai dia kemudian meminta agar haiwan itu untuk mendoakan rezekinya.

“Saya beritahu kepada kucing itu, tolong doakan rezeki saya. Saya tak minta dari manusia. Kucing itu juga benarkan saya untuk memegang anaknya yang baru sahaja dilahirkan untuk diletakkan dalam kotak.

“Malah dia juga tidak mencakar, dan membawa kucing-kucing tersebut pulang. Isteri saya mengatakan adakah saya gila kerana kita pun tidak ada makanan untuk makan, dan macam mana nak beri makan kepada kucing.

“Saya kemudian cerita kepadanya apa yang terjadi dan kami berdua menangis. Selepas Asar, Allah hantar seseorang yang ingin membuat kenduri untuk arwah bapanya sebanyak 300 pax (orang) di masjid.

“Saya cakap okay, Insya-Allah saya buat,” katanya dengan sebak.

Ketika ditanya berapakah harga yang ingin dicas untuk upah menyediakan makanan tersebut, Chef Ammar lalu berkata dia bergantung kepada bajet pelanggannya itu.

Lelaki itu lalu bertanya adakah RM35 untuk seorang cukup? Chef Ammar kemudian berkata ia sudah lebih daripada cukup.

“Sejak dari hari itu, rezeki tidak pernah berhenti.”

@planb.sg

For more than two years, Chef Ammar was out of a job and struggling to make ends meet for his family of five in a foreign land. He recounts a fateful encounter he had with a pregnant cat, and how that changed his fortune. @Chef Ammar Shop

♬ original sound – Plan B – Plan B

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak mendengar perkongsian cef terkenal itu. Ada juga segelintir darinya yang mendoakan kejayaan dimilik oleh Chef Ammar dan mengatakan dia seorang yang baik.

“Chef Ammar memang baik, dia layak menerima segala rezeki dan kejayaan”

“Kita perlukan lebih banyak podcast seperti ini. Penuh dengan cerita yang sarat dengan pengajaran bukan podcast mengaibkan. Dengar cerita cef rasa terinspirasi nak bantu orang”

“Keajaiban di dalam sedekah, hanya memberi ibu kucing makan dan kini awak seorang lelaki yang kaya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.