fbpx
Now Reading
Ibu Luah Kecewa Dituduh Guru Tolong Buat Kerja Sekolah Anak Kerana Tulisan Kemas [Video]

Ibu Luah Kecewa Dituduh Guru Tolong Buat Kerja Sekolah Anak Kerana Tulisan Kemas [Video]

Guru tersebut dalam hantaran di grup WhatsApp turut mengatakan cikgu dapat membezakan tulisan murid dan ibu bapa, malah meminta pelajar untuk memadam dan mengulanginya semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa sememangnya ingin melihat anak yang mereka sayangi mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang yang diceburi termasuklah akademik.

Namun sebagai ibu bapa kita hanya boleh mengalakkan anak-anak untuk berusaha dengan sendiri dalam mencapai matlamat dan impian mereka untuk berjaya.

Perkara ini adalah penting, agar anak-anak dapat menghargai setiap kejayaan yang dikecapi dengan penuh susah payah.

Ibu kecewa dituduh buat kerja sekolah anak

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh oleh guru membuat kerja sekolah anak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Azzura Empire, guru sekolah anak perempuannya telah menghantar satu foto di dalam grup WhatsApp dan meminta agar ibu bapa untuk tidak melakukan kerja sekolah anak mereka.

Cikgu hantar gambar kerja sekolah kerana tulisan cantik dan kemas

Foto yang dihantar oleh guru tersebut merupakan kerja sekolah dalam bahasa Cina milik muridnya.

“Kepada ibu bapa, minta jangan tolong anak buat kerja rumah. Semua cikgu bukan B*d*h tak dapat bezakan tulisan murid. Saya akan suruh murid padam dan buat semula,” tulisnya.

Guru tersebut berkata demikian kerana kelihatan tulis pada buku latihan itu begitu kemas dan cantik.

Tidak berdiam diri, Azzura kemudian membalas dalam hantaran tersebut menegaskan dia sama sekali tidak membuat kerja sekolah anaknya. Bahkan dia sendiri tidak tahu berbahasa Cina.

“Nak tulis ejaan untuk dia buat masa latihan ejaan pun tulisan saya lagi teruk dari dia. Sumpah demi tuhan memang bukan saya yang tulis. Dia sendiri yang tulis.. saya cuma pantau sahaja. Saya suruh dia buat tulisan kemas.

“Tak kemas dan cantik saya suruh dia balik balik.. itu sahaja,” kata wanita berkenaan.

@azzura.empire

sedih sangat this morning bila cikgu tuduh saya macam ni..allahhu😭😭😭 #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #life #tabah #broken

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams

Rasa sedih apabila dituduh sebegitu rupa

Menurut wanita berkenaan perkara itu secara tidak langsung membuatkan dia rasa tidak bersemangat.

“Aku ibu tunggal yang berusaha sebaik mungkin untuk anak-anak, tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain. Tapi kena tuduh macam ni.”

Di ruang kapsyen Azzura menyifatkan insiden yang berlaku itu cukup membuatkan hatinya sedih kerana dituduh sedemikian.

Melihat di ruangan komen, ada ibu bapa yang berkongsi anak mereka juga penah berdepan dengan situasi sama dan apa yang dilakukan oleh mereka adalah berjumpa dengan guru terbabit untuk membuktikan ia adalah tulisan si anak.

“Aku pernah, tulis karangan bahasa Cina. Sebab cantik dan kemas kena tuduh mak tulis. Mak nak tulis pun tak reti”

“Masa anak buat kerja sekolah kena ambil video dah rasanya sebagai bukti”

“Anak saya pernah kena macam ni. Saya pergi sekolah jumpa pengetua dan minta anak saya tulis depan pengetua ddan cikgu tu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.