
“Nak Bos Macam Ni” – Ramai Teruja Lihat Majikan Sediakan Banyak Stok Makanan Buat 5 Orang Staf [Video]
Tidak hanya itu, pengguna berkenaan mendakwa kadang kala majikannya sering memasakkan hidangan untuk makan tengahari buat mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam dunia pekerjaan, ada sesetengah orang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan majikan mereka.
Ini kerana ada bos yang memberi layanan kurang memuaskan dan menganiaya staf sendiri hingga menyebabkan hubungan sesama mereka agak keruh.
Majikan Sediakan Banyak Stok Makanan Khas Buat Pekerja
Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila majikannya memberi layanan luar biasa terhadap dia dan rakan sekerja yang lain.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @rabbitscute, pengguna berkenaan berkongsi sikap pemurah majikannya yang menyediakan stok makanan khusus buat lima orang staf di pejabat.
Apa yang menjadi perhatian adalah stok makanan tersebut amat banyak malah terlebih mencukupi buat lima orang pekerja di situ.
“Dalam office (pejabat) ada lima ketul je staf, tapi dapat bos ‘provider’,” tulis pemilik video berkenaan.
@rabbitsscute Tengah hari bos masakkan lunch pulak. Hmmm nk tido je kat office ni boleh tk? 😌 @Saphire Screen Sdn. Bhd. #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viraltiktok #viralvideos #xyzabc
♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune
Siap Sediakan Makan Tengahari Untuk Pekerja
Tidak hanya itu, pengguna berkenaan mendakwa kadang kala majikannya sering memasakkan hidangan untuk makan tengahari buat mereka.
Menerusi video berasingan, dapat dilihat pengguna berkenaan menunjukkan hidangan makan tengahari yang dibeli oleh bosnya itu.
Malah dapat dilihat, stok minuman pelbagai jenis kopi turut disediakan istimewa buat pekerja syarikat terbabit.
Difahamkan, majikannya merupakan sebuah produksi, Saphire Screen Sdn Bhd yang terletak di Ampang, Selangor.
@rabbitsscute Replying to @Aan Danial nanti i tunjuk boss masak untuk lunch pulak sebab today bos pegi meeting so tk sempat masak. Tapi boss masak mmg sedap giler. #intern #fyp #xyzb #viraltiktok #viral_video #kerjakeras #saphirescreenproduction
♬ original sound – Hezron Henrry – HezMusic
Pejabat Dihiasi Seperti Rumah
Selain itu, majikan pengguna berkenaan turut menghiasi pejabat mereka seperti sebuah kediaman.
Ini kerana dia mahu pekerjanya tidak stres apabila datang bekerja dan rasa seperti duduk di rumah.
“Macam ini punya cantik, balik 11 malam pun saya sanggup bos. Bos cakap dia suka konsep rumah supaya tak stress datang kerja,” tulisnya lagi.
@rabbitsscute Macam ni punya cantik balik 11 malam pun i sanggup bos. Bos cakap dia suka konsep rumah supaya tak stress dtg kerja ❤️❤️❤️ #officelife #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viraltiktok #productionhouse #viral_video #viralditiktok #officecantik #internlife #uum #ampang #dramatiktok
♬ original sound – SERLY
Pengguna Media Sosial Teruja, Ada Yang Nyatakan Keinginan Mahu Kerja
Video yang telah mendapat lebih 280,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna teruja melihat stok makanan yang amat banyak itu.
Malah, ada yang berseloroh menyatakan keinginan untuk bekerja disitu dek kerana layanan baik yang diberikan oleh majikan pengguna terbabit.
Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi kisah sama mendapat layanan baik daripada bos masing-masing.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Ini Pantri Ke Kedai Runcit? Bestnya Dapat Bos Tak Kedekut Dengan Staf”

“Dapat Bos Macam Ni, Kita Nak Kerja Pun Seronok, Boleh Tolak Ansur”

“Eh Sama La, Bos Saya Pun Jenis Bagi Duit Suruh Isi Pantri Kasi Penuh, Semoga Sentiasa Murah Rezeki Bos Begini”

“Company Ada Nak Pakai Cleaner Tak? Saya Janji Akan Rajin Clearkan Rak Tu”

“Dapat Bos Macam Ni Adalah Satu Nikmat”

“Sama Macam Bos Saya, Dia Siap Kata Makanan Dekat Pantri Tak Gerak Padahal Dia Selalu Toup Setiap Minggu”

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Rai Hari Jadi Pembantu Rumah Siap Bawa Ke Spa Untuk Cantikkan Diri Jadi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dapat Kereta Proton X50 Dari Majikan Selepas 10 Tahun Berkhidmat