“Nak Mulakan Pandemik Yang Lain Ke?” – Mat Salleh Tegur Lelaki Indonesia Goreng & Makan Kelawar [Video]
Di dalam video terbabit, kelihatan lelaki berkenaan menyaluti kelawar berkenaan dengan serbuk kunyit sebelum menggorengkannya dan makan bersama mi segera.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Empat tahun dahulu, dunia pernah berdepan dengan detik hitam selepas berlakunya pandemik Corona Virus (Covid-19) yang telah menjatuhkan ekonomi di kebanyakan negara.
Tidak hanya itu, virus yang mula tersebar dari daerah Wuhan di China ini juga menyebabkan jutaan orang yang dijangkiti meninggal dunia.
Memetik Bat Conservation Trust, para saintis masih menjalankan penyelidikan untuk memahami asal usul virus ini, namun terdapat kemungkinan ia berasal dari kelawar yang didakwa menjadi salah satu makanan masyarakat di China.
Mat Salleh tegur lelaki Indonesia makan kelawar
Terbaharu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang mat salleh yang dikenali sebagai Christian Giacobbe menegur seorang lelaki Indonesia yang memakan kelawar.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @chrisgiacobbecomedy, Giacobbe yang juga pelawak ‘stand-up comedy’ di Bali itu turut mempersoal adakah lelaki terbabit ingin memulakan pandemik yang lain.
“Kita baru keluar dari (pandemik) Covid, awak nak mulakan pandemik yang lain? Boleh tak awak jadi normal dan makan ayam seperti orang lain?” soalnya.
Selamba muat naik video goreng dan makan kelawar
Giacobbe berkata demikian selepas melihat video yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di akaun TikTok @danceuobob yang menunjukan caranya memasak kelawar terbabit sebelum memakannya.
Di dalam video terbabit, kelihatan lelaki berkenaan menyaluti kelawar berkenaan dengan serbuk kunyit sebelum menggorengkannya untuk dimakan bersama mi segera.
Pun begitu, semakan kami mendapati video asal tiada lagi di aplikasi tersebut, ia berkemungkinan sudah dipadam atau dihapuskan.