“Teluk Khemah Ke Teluk Kemang Ni?” – Ramai Persoal Kewujudan Khemah Di Tepi Pantai [Video]
Difahamkan, pemilik video berkenaan telah datang berkunjung ke Teluk Kemang, Port Dickson pada 17 September yang lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pantai merupakan antara destinasi pilihan bagi kebanyakan individu untuk bercuti atau melancong.
Suasana dan bunyi deruan air laut yang menenangkan menjadikan pantai sebagai lokasi sesuai untuk healing!
Bagi mereka yang menetap di Selangor atau Kuala Lumpur, sudah pastinya pantai sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan khususnya Teluk Kemang menjadi destinasi pilihan ramai.
Kawasan Tepi Pantai Dipenuhi Dengan Khemah
Namun, perkongsian video suasana pantai Teluk Kemang baru-baru ini telah mengundang perhatian pengguna media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @june.ahmad, dapat dilihat ramai pengunjung datang ke pantai tersebut dan melakukan aktiviti rekreasi antaranya seperti berenang.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kawasan berkenaan dipenuhi dengan khemah yang majoritinya berwarna biru dan dipasang betul-betul berhampiran gigi air.
Difahamkan, pengguna berkenaan telah datang berkunjung ke Teluk Kemang pada 17 September yang lalu dan khemah berkenaan disewakan oleh peniaga dengan kadar RM50.
Menerusi balasan di ruang komen, dia yang telah hampir 10 tahun tidak datang ke pantai itu mengakui terkejut melihat suasana Teluk Kemang yang dipenuhi dengan khemah.
Pengguna Media Sosial Terkejut, Ramai Persoal Pemasangan Khemah
Video yang telah mendapat lebih 460,000 tontonan dan dikongsikan semula di akaun X nyata menarik perhatian ramai.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial mempersoal kewujudan khemah yang dipacak hingga menutup ruang pantai.
Malah, ada yang berpendapat suasana tersebut dilihat seolah-olah mencacatkan pemandangan dan mencemar imej Teluk Kemang.
Tidak kurang juga ada yang mahu pihak berwajib khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap individu terlibat yang memasang khemah berkenaan agar dapat menarik kembali pelancong untuk datang ke pantai itu.
Untuk info, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sebelum ini pernah diarahkan agar menguatkuasakan larangan aktiviti berkhemah di tiga kawasan pantai Port Dickson selepas ia menimbulkan rungutan dalam kalangan pengunjung.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pengunjung hanya dibenarkan untuk menggunakan tikar atau seumpamanya sekiranya datang beriadah atau berkelah di Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri.
Berikut antara komen pengguna media sosial: