Wanita Dipercayai Rakam Diri Ketika Sedang Menunggang Motosikal Raih Perhatian Ramai [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita yang menunggang motosikal itu seperti sedang merakam diri sendiri sehingga motosikal yang ditunggang menjadi terhuyung-hayang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penggunaan telefon bimbit sewaktu sedang memandu mahupun menunggang motosikal merupakan perkara yang bahaya untuk dilakukan.
Tindakan ini juga telah menjadi salah satu punca kepada kemalangan. Bukan hanya itu, perbuatan menggunakan telefon ketika sedang memandu atau menunggang motosikal turut boleh dikenakan denda kerana ia salah di sisi undang-undang.
Wanita tunggang motosikal sambil main telefon curi perhatian
Baru-baru ini, seorang wanita yang sedang menunggang motosikal menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat menggunakan telefon bimbit sehingga kenderaan berada dalam keadaan bahaya.
Menerusi video yang tular di X, awalnya kelihatan wanita yang membawa motosikal jenis skuter berwarna putih sedang berjalan di belakang sebuah lori.
Apa yang menjadi perhatian ketika sedang menunggang motosikal tersebut, wanita itu dilihat turut bermain telefon menggunakan tangan kiri. Manakala tangan kanan pula memegang handle motosikal.
Angkat telefon seperti sedang rakam diri sendiri, motor terhuyung-hayang
Dalam video turut kelihatan wanita itu mengangkat telefon bimbitnya seperti sedang merakam diri sendiri.
Tindakan wanita tersebut turut membuatkan motosikalnya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil mengikut lori terbabit.
Yang bukan2 je la ….nyawa xleh beli kat supermarket dik…
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 26, 2024
Kredit dc owner pic.twitter.com/lAQ62TtOrf
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut dan menyifatkan tindakannya itu sangat bahaya.
Malah ada juga yang menyentuh mengenai beg tangan wanita terbabit yang disandang di bahagian belakang juga boleh mengundang kepada jenayah seperti ragut dan sebagainya.
Ada juga yang meminta pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penunggang wanita itu.