
Xiaomi Lancar Peranti 14T & 14T Pro, Khusus Buat Penggemar Ambil Gambar Waktu Malam
Xiaomi 14T dan 14T Pro dilengkapi dengan optik Leica dan AI yang canggih untuk menangkap pemandangan malam yang menakjubkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (27 September), Xiaomi telah melancarkan barisan telefon pintar terbaharunya, siri Xiaomi 14T bagi pasaran di Malaysia.
Dalam majlis pelancaran yang diadakan di Hilton Kuala Lumpur itu, Xiaomi 14T dan 14T Pro direka untuk memberikan keupayaan fotografi yang luar biasa serta ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) canggih.
Kedua-dua peranti flagship terbaharu Xiaomi ini sememangnya direka khusus untuk mereka yang gemar mengambil gambar dalam keadaan cahaya malap atau mencabar.

Merevolusikan fotografi malam dengan Optik Leica
Xiaomi 14T dan 14T Pro dilengkapi dengan optik Leica dan AI yang canggih untuk menangkap pemandangan malam yang menakjubkan.
Platform fotografi komputasi AI LM, berdasarkan teknologi FusionLM Xiaomi, membantu menghasilkan imej yang jelas dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Kamera utama 50MP pada kedua-dua model menawarkan prestasi rendah cahaya yang mengagumkan, dan versi Pro menampilkan sensor 1/1.31″, yang menangkap lebih banyak cahaya dan butiran.
Xiaomi 14T Pro menonjol dengan sistem tiga kamera yang serba boleh, menawarkan pelbagai panjang fokus dari 15mm hingga 120mm, manakala 14T pula mempunyai setup yang serupa dengan sensor Sony IMX906.
Kedua-dua telefon menyokong ciri-ciri seperti UltraHDR dan Mod Master Portrait, yang memastikan warna yang jelas, perincian yang kaya, dan kesan bokeh yang indah untuk potret.
Kreativiti dan kemudahan berasaskan AI
Xiaomi telah melengkapkan siri 14T ini dengan ciri AI canggih untuk meningkatkan produktiviti harian dan kreativiti.
Pengguna boleh memanfaatkan carian yang dipertingkatkan AI, pengenalan suara, dan terjemahan bahasa masa nyata.

Bagi pengguna kreatif, alat seperti Penyuntingan Imej AI dan AI Eraser Pro membolehkan sentuhan mudah pada foto dan video.
Selain itu, mod AI Film membantu mencipta video pendek berkualiti profesional dengan kesan sinematik.
Prestasi mantap dan paparan menakjubkan
Kedua-dua model dalam Siri Xiaomi 14T menawarkan prestasi yang mengagumkan hasil daripada pemproses MediaTek.
Xiaomi 14T Pro dilengkapi dengan cip Dimensity 9300+, yang menawarkan peningkatan ketara dalam prestasi CPU dan GPU, menjadikannya sempurna untuk permainan dan tugas intensif.
Sementara Xiaomi 14T pula dikuasakan oleh cip Dimensity 8300-Ultra, memastikan multitasking yang lancar dan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Kedua-dua peranti ini mempunyai paparan AMOLED CrystalRes 6.67-inci yang indah dengan kadar penyegaran tinggi 144Hz untuk visual yang lancar dan pengalaman menonton yang mendalam.
Selain itu, paparan ini menyokong warna yang terang dan kecerahan yang tinggi, menjadikannya sesuai untuk digunakan di luar rumah.
Xiaomi 14T dan 14T Pro juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos® untuk kualiti bunyi yang sangat gempak.
Pengecasan pantas dan reka bentuk elegan
Dari segi bateri pula, kedua-dua model ini hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang mampu bertahan lebih lama.
Xiaomi 14T Pro menyokong 120W Hypercharge yang membolehkan pengecasan penuh dari 0-100% hanya dalam masa 19 minit sahaja, manakala 14T pula menyokong pengecasan pantas 67W.
14T Pro juga memperkenalkan pengecasan tanpa wayar dalam siri terbaharu ini.
Untuk reka bentuk pula, siri Xiaomi 14T ini kelihatan sangat elegan dengan penarafan IP68 iaitu kalis air dan debu menjadikan ia bukan sahaja bergaya tetapi tahan lasak.

Pilihan warna yang ditawarkan dan harga
14T Pro tersedia dalam warna Titan Gray, Titan Blue, dan Titan Black, manakala 14T menawarkan varian Lemon Green yang diperbuat daripada bahan mesra alam.
Untuk harga pula, Xiaomi 14T mula dijual pada harga RM1,899, sementara 14T Pro pula dijual serendah RM2,599.
Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini.
