
“Buatlah Kerja!”- Adun Pelabuhan Klang Mengamuk, Masalah Jalan Berlubang Hampir 1 Tahun Tak Selesai [Video]
Menerusi video tersebut, Azmizam Zaman Huri memaklumkan isu jalan berlubang itu sudah hampir setahun namun masih tiada sebarang tindakan dilakukan daripada pihak berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu masalah jalan berlubang merupakan satu masalah yang perlu dipandang dengan serius. Ini kerana, masalah kerosakan jalan raya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga meragut nyawa.
Oleh itu, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera dalam menangani masalah berkenaan dari terus berlaku.
Malah ia bukan sahaja mengundang bahaya kepada keselamatan sebaliknya turut membuatkan pengguna jalan raya berdepan dengan masalah lain apabila terpaksa mengantikan tayar mahupun rim yang rosak kerana terlanggar lubang terbabit.
Adun Pelabuhan Klang minta masalah jalan berlubang diselesaikan segera
Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri telah memuat naik sebuah video meminta pihak bertanggungjawab iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang di Klang, Selangor.
Menerusi video tersebut, Azmizam telah meminta Ketua Pengarah JKR, Datuk Ir Roslan Ismail untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang yang berlaku di Jambatan Selat menghala ke Bandar Suleiman.
Jalan berlubang turut menyebabkan air bertakung, masalah hampir setahun
Malah di dalam video turut kelihatan saiz lubang di jalan berkenaan terlampau besar sehingga menjadi takungan air.
Azmizam turut meluahkan rasa kesalnya kerana isu itu telah berlanjutan hampir setahun namun masih tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
“Kepada Datuk Ir Roslan Ismail (Ketua Pengarah JKR) yang telah dilantik pada 25 Jun lalu. Hari ini (29 September) jam 5.40 petang. Datuk tengoklah ni (sambil menunjuk ke arah jalan raya yang rosak).
“Sekarang kita berada di selekoh untuk menghala ke Bandar Sultan Sulaeiman daripada Jambatan Selat. Jalan ini, saya dapat aduan yang tinggi daripada pengguna jalan raya. Malah minggu lepas dah ada kemalangan yang berlaku.
“Kemalangan motosikal sehingga menyebabkan kematian, motosikal jatuh disebabkan lubang ini lepas tu ada lori langgar. Datuk bila nak selesai masalah ini? Menteri dah turun pada 23 November 2023 tahun lepas.
“Janji nak selesaikan masalah jalan ni, dah hampir setahun, tak selesai-selesai masalah jalan selekoh ini,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.
“Mana kontraktor yang dilantik?”
Malah, Azmizam turut menyifatkan jalan berlubang itu merupakan jalan utama yang sering digunakan oleh penduduk di sekitar kawasan berkenaan khususnya untuk menghantar anak ke sekolah berdekatan.
Katanya lagi kerosakan itu turut menyebabkan kesesakan berlaku sehingga ke Pelabuhan Klang khususnya pada waktu puncak.
“Mana kontraktor yang dilantik? Siapa pegawai-pegawai JKR yang datang turun untuk memantau? Ambillah tindakan segera, nak tunggu berapa ramai lagi orang akan mati?
“Nak tunggu berapa banyak lagi kemalangan berlaku dekat sini? Nak tunggu berapa banyak kereta dan motor yang rosak kerana langgar lubang? Buat sesuatu,” tegasnya kepada pihak berkenaan.
Azmizam turut memberikan tempoh selama seminggu untuk tindakan diambil. Sekiranya tiada tindakan yang diambil beliau akan melakukan mogok bersama kenderaan termasuk kenderaan berat sehingga jalan itu dibaiki.
@azmizam_zaman_huri JOM DESAK YBhg. DATO’ Ir. ROSLAN BIN ISMAIL (KETUA PENGARAH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA) BERTINDAK SEGERA SELESAIKAN MASALAH KEROSAKAN JALAN YANG SUDAH TERLALU LAMA DI SELEKOH JALAN MASUK KE BANDAR SULTAN SULEIMAN, PELABUHAN KLANG. I ❤️ PORT KLANG #kitaselangor #malaysiamadani🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #bandarsultansulaiman #2024 #pelabuhanklang #portklang #northport
♬ original sound – Azmizam Zaman Huri – Azmizam Zaman Huri