fbpx
Now Reading
Demi Hantar Cucu Ke Universiti, Nenek Sanggup Tempah Teksi [Video]

Demi Hantar Cucu Ke Universiti, Nenek Sanggup Tempah Teksi [Video]

Dalam video tersebut turut kelihatan nenek memeluk cucunya sambil berpesan untuk menjaga diri, solat dan iman sepanjang berada di UMPSA.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa mahupun penjaga pastinya ingin melihat anak atau ahli keluarga mereka berjaya dalam kehidupan.

Meskipun berada dalam kekurangan namun ia tidak patahkan semangat mereka untuk terus berikan semangat kepada anak untuk terus mencapai cita-cita mereka.

Malah menjadikan kekurangan itu sebagai pembakar semangat untuk anak-anak mendapatkan pendidikan yang sebaiknya.

Nenek sanggup tempah teksi demi hantar cucu ke univerisiti

Baru-baru ini, seorang warga emas yang juga nenek kepada seorang pelajar sanggup menempah teksi demi menghantar cucu kesayangan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Menerusi video yang dikongsikan oleh Yayasan UMPSA di TikTok, awalnya kelihatan nenek dan cucunya saling berpelukan selepas sampai di universiti berkenaan.

Malah turut kelihatan nenek pelajar itu, menitipkan pesan kepada cucu kesayangannya sewaktu berpelukan sambil menangis.

“Belajar baik-baik, belajar rajin-rajin ya. Jaga solat, jaga diri, jaga iman,” ujarnya.

Ada perkhidmatan jemput pelajar dari rumah disediakan

Dalam video tersebut warga emas itu turut menceritakan awalnya dia telah menempah teksi sebaik mengetahui cucunya, Farid akan menyambung pengajian di UMPSA.

“Farid kata dia dapat sini UMP sini, tu kata macam mana Farid ya kita nak pergi? Kita pergi naik teksilah. Nanti mak (nenek) tempah teksi sebab orang tu kita dah biasa. Nanti nenek tempah teksi.

“Dapat tahu tu terus tempah, sebab kita takut teksi ada orang lain kan, jadi dia kata tak apalah.

“Lepas tu dah lama dalam dekat seminggu tu, dia (pemandu teksi) tanya jadi ke makcik? Tak jadilah minta maaf banyak-banyak Rahim (pemandu teksi). Sebab ada orang universiti nak datang ambil, jadi tak jadilah,” katanya lagi.

Rahim mengatakan tidak mengapa kepada wanita warga emas itu. Namun enggan pemandu itu berasa hati, nenek kemudiannya memohon maaf berulang kali serta mengatakan dia sangat bersyukur kerana cucunya dapat menyambung pelajaran.

“Syukur alhamdulillah Farid dapat sambung belajar sini (UMPSA), orang sini (UMPSA) datang ambil memang kita bersyukur sangat-sangat pada Allah.”

@yayasanumpsa

Replying to @Mel Jamil boleh, ni video kami pergi ambil Farid dan nenek ☺️ #umpsaprihatin

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh UMPSA, mereka turut menunjukkan detik ketika pihak universiti berkenaan telah berkunjung ke rumah pelajar tersebut untuk mengambil Farid dan neneknya.

@yayasanumpsa

Replying to @Mel Jamil boleh, ni video kami pergi ambil Farid dan nenek ☺️ #umpsaprihatin

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada pihak universiti kerana cakna dengan keperluan pelajar.

Malah tidak kurang juga ada yang mendoakan Farid agar dapat belajar dengan baik.

“Tahniah UMPSA. Farid belajar elok-elok, usaha sampai berjaya. Pengorbanan nenek jangan dilupa”

“Tahniah kepada team HEPA (Hal Ehwal Pelajar) yang bertungkus lumus dalam membantu pelajar”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.