“Ini Perjumpaan Guru Ke Keluarga?” – Ramai Terhibur Lihat Lelaki Datang Ambil Report Card Anak Dari Isteri Sendiri [Video]
Menerusi perkongsian di TikTok itu, guru wanita berkenaan tetap menghormati pasangannya dengan menyalam tangan lelaki itu sebelum meneruskan perbincangan secara profesional tentang anak mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak dari dahulu lagi, setiap sekolah di Malaysia pasti akan mengadakan sesi perjumpaan guru dan ibu bapa pada penhujung penggal persekolahan.
Ia penting bagi membincangkan prestasi dan perkembangan akademik murid itu sendiri.
Malah, pertemuan itu menjadi platform buat guru dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat khususnya sikap pelajar ketika waktu pembelajaran.
Biasanya, jarang sekali untuk menjumpai ibu atau bapa yang mempunyai pertalian dengan guru.
Bapa Hadir Perjumpaan Anak, Guru Kelas Rupanya Isteri Sendiri
Namun, berbeza pula dengan keluarga ini apabila masing-masing mempunyai hubungan sesama sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @sazah_jue, dia yang merupakan seorang guru berkongsikan kisah bertemu ibu bapa pelajar di sekolahnya.
Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang pelajarnya itu merupakan anak kandungnya sendiri.
Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat suami pengguna TikTok itu datang ke sekolah bertemu dengannya sendiri bagi mendapatkan laporan akademik anak mereka.
Malah, guru wanita berkenaan tetap menghormati pasangannya dengan menyalam tangan lelaki itu sebelum meneruskan perbincangan secara profesional.
Buat Aduan & Laporan Tentang Perangai Anak
Melalui video tersebut, kedengaran dia melaporkan prestasi akademik anak lelakinya kepada suaminya itu.
Manakala anak lelaki mereka pula kelihatan tersenyum memerhatikan gelagat kedua ibu bapanya itu.
Si bapa kemudiannya bertanyakan kepada wanita berkenaan adakah anak lelakinya itu mempunyai masalah di sekolah.
Namun, wanita itu berseloroh dan memaklumkan kepada suaminya bahawa kanak-kanak lelaki itu banyak main dan mempunyai masalah dalam subjek hafazan sambil menjegilkan mata ke arah ‘muridnya’ itu.
Guru wanita itu juga dilihat bergurau dan memukul manja anaknya sambil disaksikan oleh bapa kanak-kanak itu.
“Bicara akademik ke bicara anak-anak? Jangan kecam eh,” tulis pemilik video berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Pengguna Media Sosial Terhibur, Ramai Persoal Bagaimana Perasaan Ibu Jadi Guru
Video yang telah mendapat lebih 970,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Kebanyakan pengguna media sosial mereka terhibur melihat gelagat ketiga-tiga beranak berkenaan.
Malah, ada yang tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya mempunyai ibu atau bapa yang merupakan guru kelas sendiri.
Berikut merupakan komen pengguna TikTok:
“So Bapak Dia Akan Salahkan Mak Dia Ke Atau Cikgu Tu Kalau Anak Dia Gagal?”
“Apa La Rasanya Bila Mak Kita Cikgu Dekat Sekolah Lepastu Guru Kelas Kita Pula”
“Pernah Buat Dekat Suami, Suruh Daftar Anak Form 1, Saya Guru Kelas Tak Bagitahu Suami, Datang Kaunter, Terus Suami Postpone Bayar Yuran, Bayar Dekat Rumah Katanya”
“Semoga Jadi Anak Yang Soleh & Berjaya Buat Adik Ni, Bersyukur Dapat Ibu Bapa Yang Prihatin”
“Sejak Bila Cikgu Boleh Salam Bapa Pelajar Ni?”
“Benda Boleh Bincang Dekat Rumah”
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-kanak Suruh Ibu Bersyukur Dapat Markah 82% Dalam Peperiksaan Cuit Hati Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]