fbpx
Now Reading
“Langsung Tak Takut” – Tular Perompak Selamba Larikan Toyota Vellfire Dalam Rumah & Depan Pemilik [Video]

“Langsung Tak Takut” – Tular Perompak Selamba Larikan Toyota Vellfire Dalam Rumah & Depan Pemilik [Video]

Menurut owner Vellfire, kejadian berlaku kira-kira jam 3.50 pagi pada Ahad (29 September) lalu ketika dia dan keluarga berada di kediaman mereka yang terletak di Meru, Ipoh, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wang atau barang berharga seperti barang kemas sering menjadi sasaran penjenayah seperti perompak dan pencuri.

Namun belakangan ini, kenderaan seperti kereta mewah turut menjadi barang yang sering diburu oleh golongan tidak bertanggungjawab ini.

Lazimnya, apabila penjenayah melakukan rompakan dan disedari orang ramai, mereka akan segera meninggalkan lokasi kejadian.

Selamba Curi Kereta Walaupun Penggera Berbunyi & Tuan Badan Ada Depan Mata

Namun, lain pula kisahnya dengan perbuatan penjenayah ini yang dilihat selamba dan tidak takut mencuri kereta walaupun penggera telah dibunyi dan pemilik kereta berada di lokasi.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @farrahouz, pengguna berkenaan berkongsikan detik menakutkan itu.

Jelasnya, kejadian berlaku kira-kira jam 3.50 pagi pada Ahad (29 September) lalu ketika dia dan keluarga berada di kediaman mereka yang terletak di Meru, Ipoh, Perak. Ketika kejadian, pintu pagar rumah mereka dikunci dalam keadaan yang baik.

Bagaimanapun, tindakan licik penjenayah berkenaan menyebabkan palang atau lengan pagar (gate arm) automatik rumahnya berjaya dibuka.

Apa yang menjadi perhatian adalah pencuri itu berjaya membuka kunci kereta Toyota Vellfire milik keluarganya dengan hanya menggunakan alat khas.

Malah dakwa pengguna itu, penjenayah berkenaan langsung tidak menunjukkan rasa takut walaupun penggera telah dibunyikan serta mendengar jeritan mereka.

“Kereta kami dicuri dengan mudah. Gate arm dibuka, unlocked (buka kunci) kereta guna alat remote mereka dan tak takut langsung even kami dah bunyikan alarm dan menjerit,” tulisnya.

Ambil Masa Lama Untuk Hidupkan Enjin

Tambahnya lagi, pencuri terbabit nekad untuk menghidupkan enjin walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama.

Dia dan keluarganya takut untuk keluar dari kediaman kerana bimbang penjenayah datang berkumpulan.

“Perompak tekad hidupkan enjin within 5-7 minutes (agak lama) daripada lari bila kami menjerit.

“Kami tak berani keluar, takut perompak ada geng tunggu di luar atau ada pistol. Speechless,” tulisnya.

Dakwa pengguna tersebut, penjenayah berkenaan tiada rasa takut dan berani merompak serta mencuri walaupun pemilik ada di depan mata.

“Perompak kereta tak takut even owner (pemilik) nampak kerja merompak diorang. Special attention to Alphard, Vellfire & Ford Ranger Raptor. Perompak daring gila,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@farrahouz1

Mohon viralkan.. perompak kereta tak takut even owner nampak kerja merompak dorg. Special attention to Alphard/ Wellfire/ Raptor. Perompak daring gila.

♬ Late Night Vibe – Rude Boy

Ada Pengguna Media Sosial Cadang Kembali Ke Cara Lama, Pasang Stering Lock & Paddle Lock

Video yang telah mendapat 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang lain.

Rata-rata mereka terkejut dan tidak menyangka perompak masa kini lebih berani walaupun perbuatan mereka disaksikan oleh pemilik.

Pun begitu, kebanyakan pengguna media sosial turut mencadangkan agar pemilik kereta tersebut menggunakan cara lama iaitu dengan memasang stering atau paddle lock bagi menyukarkan penjenayah untuk mencuri kenderaan.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan agar kereta mewah sebegitu dipasang GPS tracker bagi memudahkan urusan pencarian.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Toyota Vellfire, Alphard, Hilux Semua Kereta Panas, Kalau Nak Juga Beli, Memang Kena Get Ready La Pasang GPS, Extra Lock Atau Kill Switch”

“Aku Selalu Pesan Pelanggan Aku, Pakai Je Stering Lock, Paddle Lock, Biar La Nampak Kuno Dekat Mata Orang, Janji Selamat”

“Pasang Brek Lock & Install GPS Tracker, Kalau Pasang GPS Jenis Drive Jauh Sikit Dari Kita, Enjin Turn Off Lagi Bagus”

“Guna GPS Tracker Je Senang, Nak Trace Kereta Pun Senang, Nanti Bawa Polis Sekali Melawat Pencuri”

“Sekarang Kereta Yang Guna Buntton Keyless Sangat Senang Untuk Dicuri, So Awas Ya. Harus Guna Stering Lock Atau Paddle Lock”

“Sebab Pencuri Tahu Apalah Sangat Hukuman Yang Mereka Akan Dapat, Masuk Penjara, Makan Minum, Tempat tidur, Lepastu Lepas”

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Hampir Kena Curi, Pasangan Kongsi Kisah Didatangi Lelaki Mengaku Penarik Kereta

Baca Artikel Berkaitan: Pencuri Kereta Patah Balik Semata-mata Nak Marah Owner Sebab Tinggal Anak Dalam Kereta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.