Pelajar Bawa Beg Guni Waktu Daftar Di UMS Raih Perhatian Menteri Pendidikan
Menurut Fadhlina Sidek, karung guni itu digunakan oleh pelajar berkenaan untuk meletakkan barangan yang perlu digunakan ketika berada di asrama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu, media sosial dipenuhi dengan beberapa hantaran daripada orang ramai yang berkongsi pengalaman menghantar anak, adik atau saudara yang memasuki ke universiti awam.
Tak dinafikan apabila melihat mereka mula melangkah ke universiti ia merupakan satu momen yang sangat berharga buat semua orang.
Malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan si anak dapat belajar sehingga ke menara gading meskipun berada dalam kesempitan wang dan sebagainya.
Pelajar bawa karung guni ketika mendaftar di UMS raih perhatian Menteri Pendidikan
Baru-baru ini, seorang pelajar telah menarik perhatian ramai termasuklah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek apabila dilihat membawa karung guni sebagai beg ketika mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Karung guni tersebut telah digunakan oleh pelajar perempuan yang dikenali sebagai Rafida Zaiddin untuk mengisi barangan peribadi yang diperlukan sepanjang berada di UMS.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh menteri berkenaan di Instagram rasminya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah melaporkan berhubung keadaan pelajar tersebut.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan say Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS telah melaporkan keadaan anaknda Rafida Zaiddin.
“Kisah beliau yang membawa guni untuk mengisi barang-barang ke asrama sewaktu pendaftaran ke UMS meragut emosi ramai pihak.
“Saya sempat menghubungi beliau (Rafida) dan terus menguruskan serta-merta semua ursuan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian,” jelasnya.
semua urusan telah diuruskan oleh Fadhlina Sidek sehingga tamat pengajian
Menurut Fadhlina, Rafida merupakan seorang pelajar yang bijak berasal dari Sandakan, Sabah. Malah keputusannya di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan dan dia kini melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan
Katanya isu membabitkan pelajar tersebut sangat dekat dengannya kerana pada hari sama beliau juga menghantar anak ke universiti.
“Terima kasih Rafida kerana menyedarkan bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia!
“Fly high (terbang tinggi), stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuannya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian.
“Semoga Allah SWT memberkati pengajian anaknda Rafida.”
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapakan terima kasih kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal itu kerana telah memberikan perhatian kepada nasib adik Rafida.