fbpx
Now Reading
Rakaman Ibu dan Anak OKU Berpimpin Tangan Redah Banjir Sebelum Ditemui Lemas Buat Ramai Sebak [Video]

Rakaman Ibu dan Anak OKU Berpimpin Tangan Redah Banjir Sebelum Ditemui Lemas Buat Ramai Sebak [Video]

Kejadian di Padang Sanai, Kedai itu dikatakan berlaku ketika ibu dan anak OKU itu dipercayai baru pulang membeli nasi lemak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, dua daerah di Kedah iaitu Padang Terap dan Kubang Pasu dilanda banjir disebabkan limpahan air Sungai Changlun/Temin dan Sungai Laka kerana hujan lebat.

Memetik Berita Harian, sebanyak 164 orang daripada 58 keluarga dari kedua-dua daerah itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 5 petang kelmarin (28 September).

Ibu dan anak OKU ditemui lemas

Dalam pada itu, terdapat dua mangsa banjir berkenaan yang dilaporkan meninggal dunia akibat lemas.

Dua mangsa terbabit merupakan ibu dan anak orang kurang upaya (OKU) yang menetap di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai.

Tular rakaman dua beranak berpimpin tangan redah banjir sebelum dibawa arus deras

Lebih menyayat hati, turut tular di media sosial rakaman yang memaparkan saat kedua-dua beranak itu sedang meredah banjir yang berada di paras dada mereka.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @Update11111, kelihatan anak kepada wanita berkenaan sedang memimpin tangan ibunya sebelum mereka dipercayai dihanyut akibat arus deras.

Dalam video sama, turut kelihatan rakaman saat solat jenazah dilakukan terhadap dua beranak terbabit sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Mayat ibu ditemui sehari selepas mayat anak dijumpai

Menurut laporan Utusan Malaysia, mayat mangsa yang dikenali sebagai Salmah Mat Zain, 46 ditemui pagi semalam (29 September) iaitu sehari selepas jasad anaknya dijumpai.

Mayat Salmah ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi mayat Muhammad Rosman Rohadi, 19, yang merupakan OKU pembelajaran itu.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika ibu dan anak OKU itu dipercayai baru pulang membeli nasi lemak.

Ramai sebak dan titip doa

Video sohor dua beranak terbabit sebelum hanyut dibawa arus juga mengundang rasa sebak rata-rata pengguna media sosial yang melihatnya.

Kebanyakan mereka menitipkan doa agar Allahyarhamah Salmah dan Allahyarham Muhammad Rosman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.