
Ramai Puas Hati Lihat Pemandu Grab Tegur Warga Asing Nak Naik Kereta 5 Orang [Video]
Pemandu e-hailing terbabit turut menunjukkan kepada warga asing itu tempahan kenderaan ‘6-seater’ yang sepatutnya diambil mereka menerusi telefon bimbitnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kenderaan yang dibina mempunyai had maksimum penumpang dan berat yang boleh dibawa dalam satu masa.
Sebagai contoh, kenderaan kompak atau sedan hanya boleh dimasuki oleh 5 orang termasuk pemandu, manakala kenderaan seperti MPV atau SUV pula boleh memuatkan sehingga 6 orang penumpang bergantung kepada saiz kereta.
Jika kenderaan-kenderaan ini melebihi had beratnya, sudah pasti ia boleh mendatangkan kerosakan untuk jangka masa panjang.
Pemandu e-Hailing tegur warga asing nak naik kereta lebih had penumpang
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu e-hailing menegur sekumpulan warga asing yang terdiri daripada lima individu ingin menaiki kenderaannya dalam keadaan melebihi had penumpang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rzwntk, pemandu berkenaan meminta agar warga asing terbabit menempah kenderaan lain yang boleh memuatkan 6 orang penumpang.
Warga asing nak bayar caj tambahan RM2
Dalam video tersebut, turut kedengaran warga asing itu merayu ingin membayar caj tambahan sebanyak RM2 agar pemandu berkenaan membawa mereka.
“Berapa orang? Mana boleh lima orang, (awak) ‘book’ yang 6 seaters, kenapa awak nak yang murah punya?
“Mana boleh sini 4 orang sahaja maksimum, awak lagi nak tambah RM2 saja, nanti kereta saya rosak RM2 apa boleh beli?” kata pemandu itu.
Pemandu e-hailing siap tunjuk tempahan kereta yang sepatutnya diambil mereka
Pemandu terbabit turut menunjukkan kepada warga asing itu tempahan kenderaan yang sepatutnya diambil mereka menerusi telefon bimbitnya.
Malah, dia juga meminta agar warga asing berkenaan membatalkan tempahan dan menempah kenderaan 6 penumpang baharu untuk mengambil mereka yang berada di pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur itu.
Orang ramai puas hati dengan ketegasan pemandu e-hailing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati melihat pemandu terbabit yang menegur warga asing berkenaan.
Tidak hanya itu, mereka turut bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut yang tetap bertegas tidak membawa penumpang melebihi had yang telah ditetapkan.




Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Muat Je!” – Cubaan 5 Gadis Naik 1 Kereta Gagal! Ramai Puas Hati Tengok Abang e-Hailing Selamba Arah Keluar