fbpx
Now Reading
Bos Non-Muslim Minta Pusat Rawatan Islam Untuk Hilangkan ‘Gangguan’ Di Parkir Kilang [Video]

Bos Non-Muslim Minta Pusat Rawatan Islam Untuk Hilangkan ‘Gangguan’ Di Parkir Kilang [Video]

Menurut Pusat Rawatan Nur Zikir, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kilang sebelum mereka akhirnya memilih rawatan secara Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila berlakunya suatu gangguan oleh makluk halus seperti jin atau syaitan, umat Islam pasti akan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT.

Dalam hal yang lebih serius, khidmat pusat rawatan Islam boleh didapatkan sebagai ikthiar menghilangkan gangguan tersebut.

Kebiasaannya, khidmat begini hanya akan digunakan oleh individu yang beragama sahaja. Namun siapa sangka, ada juga individu yang berlainan agama memohon bantuan mereka dalam menghilangkan gangguan mahkluk halus.

Bos Berbangsa Cina Minta Pusat Rawatan Islam Lakukan Pembersihan & Pemagaran

Dalam satu perkongsian di TikTok, Pusat Rawatan Nur Zikir berkata bahawa mereka diminta untuk melakukan pembersihan dan pemagaran di parkir sebuah kilang.

Apa yang menarik perhatian adalah permintaan untuk khidmat mereka itu dilakukan oleh seorang pelanggan bukan Islam dan berbangsa Cina yang merupakan bos kepada kilang tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan beberapa individu sedang melaungkan azan di penjuru-penjuru yang terdapat dalam parkir berkenaan.

Sumber gambar: @pusatrawatannurzikirhq/ TikTok

Pelbagai Cara Sudah Dilakukan Sebelum Rawatan Islam

Pusat rawatan terbabit diberitahu bahawa terdapat kelibat nenek tua berambut panjang yang mengganggu kawasan itu sebelum ini.

Tambahnya lagi, pelbagai cara sudah dilakukan oleh pihak kilang, namun gangguan masih tidak berhenti. Keadaan ini menyebabkan mereka akhirnya mendapatkan khidmat Nur Zikir.

“Selepas selesai dari team kami, gangguan itu sudah tiada. Bos Chinese itu minta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain,” katanya.

@pusatrawatannurzikirhq

boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada. syukur🤲🏼. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain. #pusatrawatannurzikir #nurzikirhq #jin #ruqyah #perawat #fypシ #rawatanislam #jin #susuk #pembersihan #pagar #nenektua #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾

♬ bunyi asal – pusatrawatannurzikirHQ – pusatrawatannurzikirHQ

“Bos Kristian Minta Panggil Ustaz Lepas Ada Bisikan Di Telinga” – Pengguna TikTok

Aksi kumpulan perawat Islam yang melaungkan azan bagi menghilangkan gangguan di tempat itu sudah tentu wajar diberi pujian. Walaupun berbeza agama, namun mereka tidak menolak pertolongan yang diminta.

Di ruangan komen, beberapa pengguna TikTok memuji dan gemar mendengar laungan azan yang disampaikan, lebih-lebih lagi oleh golongan pemuda.

Ada juga yang berkata laungan azan di setiap penjuru bagi tujuan memagar sesuatu kawasan adalah antara cara yang berkesan.

Di samping itu, terdapat beberapa individu yang berkongsi perkara serupa seperti kisah di atas. Mereka berkata walaupun tempat kerja diketuai oleh seorang bukan Muslim, namun tetap menggunakan kaedah Islam sebagai ikhtiar menghilangkan gangguan.

“Bos Kristian minta panggil ustaz lepas dengar bisikan di telinga,” cerita seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ada yang berkata tidak wajar berasa takut kepada hantu atau makhluk halus. Seorang individu walau bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa ia bukan disebabkan rasa takut semata-mata, tetapi kerana ada yang sehingga mengganggu kerja.

Umat Islam Wajib Beriman Dengan Perkara Ghaib

Sesetengah orang mungkin bersikap skeptikal setelah melihat video yang dikongsi oleh pusat rawatan Islam terbabit. Ini kerana mereka mungkin tidak mempercayai dengan kewujudan mahkluk halus.

Walhal manusia sebenarnya hidup di atas dunia ini dikelilingi oleh pelbagai makhluk lain termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, malah mahkluk halus seperti jin dan malaikat.

Umat Islam pula dituntut agar beriman dengan perkara ghaib, iaitu mempercayai dengan apa yang diberitahu oleh Allah SWT walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Malah ini merupakan

Perkara ghaib bukan sahaja merujuk kepada mahkluk halus, tetapi juga perkara lain seperti cahaya, ruh dan planet.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.