“Macam Blippi” – Aksi Bertenaga Peniaga Gula-Gula Kapas Untuk Tarik Pelanggan Buat Ramai Terhibur [Video]
Menurut peniaga berkenaan, idea untuk menjual cotton candy tersebut merupakan cetusan dan ilham dari isterinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri dalam menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.
Selain daripada menggunakan kaedah pengiklanan, ada yang menggunakan kreativiti mereka sendiri dalam memasarkan barang jualan. Lazimnya, kreativiti itu digunakan pada produk jualan mereka sendiri.
Aksi Lincah Peniaga Gula-Gula Kapas Tarik Pelanggan
Namun, berbeza pula dengan seorang peniaga gula-gula kapas (cotton candy) yang kreatif menarik pelanggan hanya menggunakan karakternya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Facebook Foodie, kelihatan peniaga yang dikenali sebagai Abang Gula-Gula Kapas sedang beraksi menyiapkan manisan itu khusus buat pelanggan.
Apa yang menjadi perhatian adalah aksinya yang lincah dan bertenaga serta imej seperti dalam sebuah rancangan kanak-kanak, Blippi ketika sedang menyiapkan gula-gula kapas tersebut.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat lelaki berkenaan mengenakan pakaian seperti seorang angkasawan.
Malah, kedengaran dia seolah-olah ‘menjerit’ dan menghiburkan pelanggan dengan aksi bersahajanya ketika menyediakan hidangan tersebut.
Apa yang lebih istimewanya, cotton candy yang dijual oleh lelaki berkenaan hanya berharga RM5 dan sugar floss yang digunakan untuk membuat gula kapas tersebut adalah buatan sendiri.
Idea Jual Gula-Gula Kapas Datang Dari Isteri, Minat Untuk Hiburkan Kanak-Kanak
Menurut peniaga berkenaan, idea untuk menjual cotton candy tersebut merupakan cetusan dan ilham dari isterinya.
Malah, minat yang mendalam terhadap kanak-kanak menjadi pendorong untuk dia menjual produk tersebut dengan caranya tersendiri.
Jelasnya lagi, sebelum ini, dia dan isterinya ada menjalankan perniagaan lain seperti membuka restoran dan café serta butik, namun setelah mencuba pelbagai jenis perniagaan, dia akhirnya menemui bisnes yang kena dengan jiwa.
Abang Gula KapasAbang Gula Kapas
Posted by Foodie on Sunday 29 September 2024
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ramai Terhibur
Video yang telah mendapat lebih 9,600 tanda suka itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata mereka terhibur melihat aksi lincah dan bertenaga peniaga berkenaan dalam menarik pelanggan khususnya pelanggan cilik.
Tidak kurang juga ada yang memujinya kerana kreatif dalam memasarkan produk jualannya itu.
Ada pengguna media sosial yang berpendapat imej dan personaliti yang dibawa oleh Abang Gula Kapas itu sama seperti watak dalam program Blippi yang terkenal di YouTube.
Namun, ada segelintir yang merasakan peniaga berkenaan seharusnya mengutamakan kebersihan seperti memakai penutup mulut sewaktu menyediakan manisan itu.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Mantap La Bang, Nak Buat Hiburan Macam Tu Bukan Senang Eh”
“Aku Pernah Beli Dekat Abang Ni. Abang Ni Memang Jenis Memekak Bila Menjual Tapi Itu Cara Dia, Marketing Dia”
“Pahala Abang Ni Bagi Warna Dalam Hidup Kanak-Kanak”
“Aktif Sangat Bercakap Mau Merecik Air Liur. Pakai Facemask Tutup Mulut Tu Bang, Sekadar Pandangan”
“Bagus! Kanak-Kanak Pun Suka, Macam Blippi Pun Ada”
Baca Artikel Berkaitan: