fbpx

“Makanan Tak Sedap”- Wanita Dakwa Kedai Makan Di PD Caj Mahal Tapi Rasa Tak Setimpal Dengan Harga

Menurut wanita berkenaan ikan pari yang dipesan dengan saiz ‘sederhana’ berharga RM93.50 namun mendakwa ia telebih masak, hangus serta keras.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Makanan laut seperti seafood kebiasannya menjadi kegemaran ramai, malah ia juga menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sekiranya ingin berkumpul dan menjamu selera bersama keluarga.

Namun makanan laut bukanlah murah, pun begitu ramai yang tidak kisah untuk berbelanja lebih asalkan makanan tersebut sedap dan memuaskan hati pelanggan.

Namun sekiranya makanan dicaj dengan mahal tetapi rasa kurang menyelerakan ia secara tidak langsung akan membuatkan pelanggan kurang berpuas hati.

Wanita luah kecewa, dakwa makanan mahal tapi rasa kurang memuaskan

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Minazaini telah meluahkan rasa kecewanya apabila makanan dipesan tidak sedap dan dicaj pada harga yang mahal.

Menerusi hantaran yang tular di X, wanita tersebut telah berkunjung ke sebuah restoran di Port Dickson, Negeri Sembilan dan memesan beberapa makanan laut seperti ikan pari, kerang bakar, ikan siakap serta sotong.

Ikan pari dipesan terlalu masak dan hangus

Namun apa yang membuatkannya kurang berpuas hati apabila restoran tersebut didakwa meletakkan harga mahal, malah dalam bebenang hantaran itu, wanita berkenaan turut memberi deskripsi kepada makanan yang dipesannya.

Menurutnya, dia telah memesan ikan pari bakar yang dibayar pada harga RM93.50 untuk saiz “sederhana” dan mendakwa makanan itu terlebih masak, hangus, serta keras.

“Kalau ikan segar, bakar elok saya tak adalah berkira. Sambal bakar? sumpah ‘bland’ macam sapu air sirap je dekat ikan. Baik tak payah letak.

“Kerang bakar- dua pingggan RM63.75 tapi nak panggil ni kerang bakar pun malu. Ni kerang sambal je. Bland (rasa) sekali lagi.

“Siakap stim- okay lah tak ada yang wow tak ada yang meh (kurang), cuma ada. Sotong goreng tepung, akhirnya ada yang tak buat tekak protes walaupun hampir ICU (cedera) sebab lekat dekat tekak,” katanya dalam hantaran tersebut.

Servis melayan pelanggan juga tidak memuaskan

Wanita itu turut mengatakan servis melayan pelanggan juga kurang memuaskan kerana mereka terpaksa menunggu lauk begitu lama walhal nasi yang dimakan hampir habis.

Katanya apabila membuat aduan di kaunter pembayaran, jurujual secara bersahaja mengatakan itu adalah perkara biasa.

Dia turut mengkritik resit yang diberikan oleh kedai makan berkenaan juga tidak jelas apabila hanya menulis perkataan ‘depo’ untuk makanan yang dibayar.

Faham PD adalah kawasan peranginan namun harga perlu berpatutan

Keadaan yang dialami oleh wanita berkenaan turut membuatkannya ingin melaporkannya kepada pihak Kementerian Perdagangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin melakukan hal sama.

“Resit dia pula penuh dengan ‘depo, depo, depo.’ Apa ni? Pening. Rasa nak print resit sendiri lagi jelas. Siapa nak buat laporan dekat KPDN, ajak saya sekali.

Ujarnya dia memahami kawasan Port Dickson merupakan salah satu pusat peranginan yang mempunyai ramai pelancong dan adakalanya harga makanan sedikit mahal namun ia perlulah berpatutan.

Dia juga meminta kedai makan berkenaan untuk menambah baik dari segi rasa makanan serta perkhidmatan kepada pelanggan.

Ramai kongsi pengalaman sama makan di kedai terbabit

Melihat di ruangan balas, reviu wanita terbabit berhubung kedai makan berkenaan telah menarik perhatian ramai pengguna X.

Tidak kurang juga ada yang kongsi pengalaman pernah berdepan isu sama.

Namun ada juga yang mempertikaikan gambar yang dimuat naik oleh wanita terbabit kerana makanan dilihat habis.

Akan tetapi ramai yang menyokong makanan itu dihabiskan daripada membazir kerana ia sudah dibayar.

“Tapi makanan habis?”

“Saya pernah pergi tau sumpah ambil tak banyak mana pun sekali nak (bayar) sampai RM300 juga lah. Lagi pun saya siap order pencuci mulut tak ingat apa, sampai lah saya habis makanan pun tak sampai sampai lagi”
“Bitter betul yang cakap tak sedap tapi habis. Kalau aku pun makan habis dah kebulur, tunggu lama.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.