“Mudahnya Nak Buat Pahala” – Pak Arab Berzikir Ketika Main ‘Scream Chicken’ Raih Pelbagai Reaksi [Video]
Lelaki yang lengkap berjubah dan berkopiah putih itu berzikir menyebut ‘Subhanallah, Alhamdulilah, La Illaha Ilallah, Allahu Akbar’ untuk setiap lompatan ayam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sesuatu perkara yang ‘trending’ di media sosial kebiasaannya akan menjadi ikutan ramai. Tidak dinafikan sebahagian trend tersebut agak menghiburkan.
Seperti kebelakangan ini, permainan filter di platform media sosial, TikTok pula sedang menjadi ikutan ramai orang.
Antara permainan filter tersebut adalah seperti ‘Perfect Pitch Challenge’ dan ‘Scream Chicken’ yang melibatkan gelombang bunyi.
Tular pak arab main ‘game’ ayam
Baru-baru ini, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab turut bermain permainan filter ‘Scream Chicken’.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @slam_jasim, kelihatan permainan filter ‘Scream Chicken’ itu melibatkan seekor ayam yang harus melompat menyeberangi air menuju ke garisan penamat.
Ketinggian bagi lompatan ayam tersebut adalah berdasarkan suara atau bunyi, jika makin kuat, maka makin tinggi dan lama lah ayam tersebut lompat.
Main ‘Scream Chicken’ dengan cara Islamik, berzikir
Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai, lelaki terbabit menggunakan pendekatan Islamik untuk bermain ‘game’ ayam tersebut berbanding orang lain.
Lelaki yang lengkap berjubah dan berkopiah putih itu berzikir menyebut ‘Subhanallah, Alhamdulilah, La Illaha Ilallah, Allahu Akbar’ untuk setiap lompatan ayam.
Dia yang pada awalnya kelihatan tenang bertasbih secara tiba-tiba menjadi cemas apabila melihat platform yang dipijak oleh ayam itu jatuh di saat menuju garisan penamat.
Ramai terhibur, siap puji tak lupa Allah SWT walaupun ketika main ‘game’
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat telatah lelaki terbabit bermain permainan itu.
Malah, ada juga yang memuji lelaki tersebut kerana sentiasa melibatkan Allah SWT dalam setiap perkara yang dilakukannya.