fbpx

“Nampak Daif” – Pelajar Kongsi Keadaan Fasiliti Asrama Universiti Di Terengganu Cetus Perdebatan [Video]

Dalam video terbabit, kelihatan dinding di asrama universiti awam berkenaan sangat usang selain terdapat kesan seperti lumut berwarna hijau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, media sosial dipenuhi dengan beberapa hantaran mengenai pelajar-pelajar yang baru melangkah ke alam universiti.

Ada video yang menunjukkan telatah ibu bapa menghantar anak dan ada pula video yang memaparkan saat-saat para pelajar itu melalui sesi pendaftaran serta oriantasi.

Tidak dinafikan, apabila melihat mereka mula melangkah ke universiti ia merupakan satu momen yang sangat berharga buat semua orang.

Tular fasiliti asrama di Universiti Awam nampak usang dan daif

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan fasiliti asrama dipercayai di sebuah universiti awam di Terengganu yang kelihatan sangat usang dan daif.

Pendedahan mengenai perkara itu dilakukan oleh pengguna TikTok yang dipercayai menginap di salah sebuah asrama perempuan di universiti itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaunnya, kelihatan bilik asrama yang diduduki pelajar itu sangat usang.

Dinding asrama nampak daif, siap ada lumut

Dalam video terbabit, dapat dilihat kesan hitam yang ada di dinding selain kipas yang melekat di atas siling bilik itu juga sudah tidak mempunyai penutupnya.

Tidak hanya itu, dinding di kawasan ampaian serta tandas asrama tersebut juga kelihatan daif dan kusang, di mana sebahagiannya dipenuhi dengan lumut serta kulat.

“Bila universiti kau tiada bajet,” ringkas tulis pelajar perempuan berkenaan.

Video sama juga turut tular di laman X sekali gus menimbulkan perdebatan di kalangan orang ramai.

Ada yang menyifatkan pelajar tersebut tidak bersyukur memandangkan institusi tersebut adalah universiti awam yang mana kos pembelajarannya jauh lebih rendah berbanding universiti swasta.

Namun, ada pula yang berpendapat isu kebersihan adalah penting bagi mengelakkan penuntut dijangkiti penyakit yang tidak sepatutnya.

Kami telah menghubungi pihak universiti awam terbabit untuk meminta penjelasan berhubung perkara ini.

Sebarang maklumbalas yang akan diterima nanti bakal kami masukkan di dalam artikel ini.

Berikut komen yang diberikan orang ramai:

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Bawa Beg Guni Waktu Daftar Di UMS Raih Perhatian Menteri Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Demi Hantar Cucu Ke Universiti, Nenek Sanggup Tempah Teksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.