Usia Bukan Penghalang! Wanita 80 Tahun Jadi Finalis Miss Universe Di Korea
Menurut Choi yang juga seorang model, dia sebelum ini mendapat galakkan daripada pesakit ketika bekerja sebagai penjaga hospital sebelum mula berlatih dan memasuki bidang peragaan di usia 74 tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu pasti mempunyai impian atau angan-angan yang ingin dicapai dalam kehidupan mereka.
Ada yang memasang impian untuk menjadi kaya, ada juga memasang impian untuk mempunyai keluarga yang bahagia serta banyak lagi.
Apabila sudah memasang impian pastinya seseorang itu akan berusaha untuk melakukan apa sahaja asalkan matlamat dapat dicapai.
Wanita di Korea cipta sejarah jadi finalis tertua Miss Universe Korea
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita warga emas ini apabila tidak menjadikan umur sebagai alasan untuk mencapai impiannya menjadi salah seorang finalis Miss Universe di Korea Selatan.
Memetik laporan NDTV, wanita yang dikenali sebagai Choi Soon-hwa yang juga seorang model telah melakar sejarah apabila menjadi peserta yang tertua dalam program tersebut.
Meskipun sudah berambut putih namun semangat Choi jauh lebih muda dan setanding dengan peserta yang lain. Malah dia ingin membuktikan umur hanyalah sebagai nombor dan tidak lebih dari itu.
Sedia untuk wakili Korea Selatan dalam Miss Universe Mexico pada November nanti
Choi telah dilahirkan pada tahun 1943. Memandangkan pertandingan ratu cantik itu hampir sedekad sejak kali pertama ia diadakan pada 1952 yang lalu, Choi bersedia untuk mencipta sejarah dengan memenangi gelaran ratu bagi mewakili Korea Selatan di finalis Miss Universe 2024 di Mexico pada November akan datang.
Malah dia akan bersaing dengan 31 orang wanita lain bagi merebut mahkota berkenaan pada 7 Oktober.
Bukan hanya itu, Choi juga yakin dengan kebolehannya dan teruja untuk pertandingan yang akan datang.
“Saya mahu mengejutkan dunia, bagaimana seorang wanita yang berusia 80 tahun begitu sihat? Memiliki tubuh badan yang kekal? Apakah dietnya?” kata Choi kepada CNN.
Selepas pertubuhan Miss Universe menarik semula had umur yang sebelum ini 28 tahun, Choi merasakan dia perlu untuk mencubanya.
Meskipun sedikit lambat memasuki pertandingan itu ekoran kerjayanya sebagai model yang berjaya namun wanita itu berjaya menempatkan dirinya.
Pernah berdepan masalah kewangan sebelum menceburi bidang model
Malah dia turut berkongsi ketika berusia 50-an dia pernah berdepan dengan masalah kewangan dan terpaksa bekerja sebagai penjaga hospital sebelum melangkah dalam dunia peragaan ketika berusia 72 tahun.
Atas galakan daripada pesakit, Choi mula berlatih sehingga dia membuat penampilan pertama di Seoul Fashion Week pada usia 74 tahun. Sejak itu, Choi sering tampil di dalam majalah terkenal seperti Harper’s Bazaar, Elle, selain turut membintangi iklan jenama popular di Korea Selatan.
“Menjadi model seperti membuka pintu kepada laluan baharu untuk saya.”
Pertandingan Miss Universe Korea yang berlangsung pada 7 Oktober akan merangkumi pelbagai persembahan bahagian dalam pertandingan nyanyian.
Pertandingan itu juga akan dinilai dari segi kecantikan luar dan dalam menerusi unidia atas talian.