fbpx
Now Reading
Kad Kahwin Digital Siap Link Shopee & Ikea Untuk Tetamu Beli Hadiah Buat Pengantin Raih Perhatian [Video]

Kad Kahwin Digital Siap Link Shopee & Ikea Untuk Tetamu Beli Hadiah Buat Pengantin Raih Perhatian [Video]

Melalui perkongsian itu, setiap barangan dalam kad jemputan kahwin digital itu dilengkapi dengan pautan ke Shopee dan Ikea bagi memudahkan tetamu memberi hadiah dan dihantar secara terus kepada pengantin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, kecanggihan teknologi sememangnya memudahkan kehidupan seharian individu.

Jika dibandingkan dengan masa lalu, banyak perubahan yang dialami antaranya segala aktiviti harian dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang singkat.

Malah kini, jemputan kahwin yang dahulunya hanya menggunakan kad kini menjadi lebih mudah di mana ia boleh dilakukan secara digital atau dalam talian.

Apa yang lebih menarik adalah ada jemputan kahwin digital masa kini dilihat boleh memudahkan tetamu jika mereka mahu membeli hadiah buat pengantin.

Kad Kahwin Digital Siap Ada Link, Mudahkan Tetamu Beli Hadiah Buat Pengantin

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @alwee_ali96, pengguna itu berkongsikan rekaan kad kahwin digital rakan sepejabatnya yang dikenali sebagai Amirul.

Selain daripada mengandungi maklumat asas majlis seperti tarikh, masa dan lokasi, kad jemputan tersebut turut terdapat ‘tab hadiah’ yang memudahkan tetamu untuk memberi hadiah kepada pasangan raja sehari itu.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat senarai hadiah yang boleh diberikan kepada pengantin antaranya seperti set pinggan mangkuk, peralatan dapur, peralatan elektrik seperti penghawa dingin, peralatan rumah seperti tong sampah, tangga dan cadar.

Malah lebih menarik, setiap barangan tersebut dilengkapi dengan pautan ke Shopee dan Ikea bagi memudahkan tetamu memberi hadiah dan dihantar secara terus kepada pengantin.

Rekaan kad kahwin sedemikian nyata mengundang rasa teruja pemilik video serta rakan-rakannya yang lain.

“Asal aku time kahwin dulu tak seadvance gini ek. Tahniah Mirul dan Yeeha,” tulis pengguna itu.

Pengantin Tidak Mengharap, Cukup Sekadar Doa Dari Tetamu

Walau bagaimanapun, menerusi jemputan digital berkenaan, pihak pengantin menjelaskan dia tidaklah mengharapkan apa-apa daripada tetamu melainkan doa daripada mereka.

Namun, dia terbuka untuk menerima hadiah jika diberikan kepadanya.

@alwee_ali96

Asal time aku kahwin dulu tak se advance gini ek. Tahniah la mirul and yeehaaa.

♬ original sound – Alwee_ali – Alwee_ali

Rekaan Kad Kahwin Digital Buat Pengguna Media Sosial Teruja & Kagum

Video yang telah mendapat lebih 315,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka teruja serta kagum melihat inovasi dan kecanggihan jemputan kahwin digital pada masa kini.

Mereka berpendapat ia memudahkan tetamu untuk membeli barang sebenar yang diingini oleh pengantin.

Malah, ada yang meminta agar pengguna berkenaan berkongsikan pihak yang bertanggungjawab membuat rekaan tersebut.

Menerusi balasan pemilik video di ruangan komen, difahamkan rekaan kad kahwin tersebut merupakan hasil kerja syarikat e-Kad, jemputan.me.

@jemputan.me

Hello everyone! Dah nak hujung tahun ni mesti ramai nak buat majlis kahwin kan? Jom order digital kad kahwin dengan kami. Unlimited edit chuolls! Visit jemputan.me for further info ❤️😘😘

♬ original sound – z – rr ༘˚⋆𐙚。⋆𖦹.✧˚

Tidak kurang juga ada yang berseloroh menyatakan tetamu boleh ‘mengenakan’ pengantin dengan membuat kaedah pembayaran Cash On Delivery (COD) ketika membeli hadiah tersebut.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ini Senangkan Kerja Orang, Tak Payah Fikir Dah Nak Beli Apa”

“Sangat Praktikal, Daripada Dapat Banyak Hadiah Yang Sama, Lebih Baik Senaraikan Apa Yang Pengantin Nak”

“Mudahkan Tetamu Nak Kasi Hadiah, Tak Payah Pening Kepala Fikir Nak Kasi Hadiah Apa”

“Canggih Betul Kad Jemputan Kahwin Zaman Sekarang”

“Bagus Part Hadiah, Tak Delah Orang Lain Bagi Hadiah Berulang”

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Rare Ni” – Lelaki Dapat Hadiah Kahwin Dua Set Sport Rim Buat Ramai Teruja [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Rare Hadiah Dia” – Netizen Teruja Pengantin Dapat Kambing Sebagai Hadiah Kahwin [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dapat Mi Segera Sebagai Hadiah Kahwin, Pengantin ‘Akur’ Dengan Gurauan Rakan-Rakan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.