fbpx
Now Reading
Ramai Persoal Tindakan Fasilitator Buat Prank Sambut Birthday Rakan Ketika Orientasi Mahasiswa Baru [Video]

Ramai Persoal Tindakan Fasilitator Buat Prank Sambut Birthday Rakan Ketika Orientasi Mahasiswa Baru [Video]

Video ‘prank’ tersebut bermula dengan seorang fasilitator wanita dipercayai sedang memarahi dan bertengkar dengan seorang fasilitator lelaki yang ada disitu sebelum ia berakhir dengan sambutan hari jadi salah seorang dari rakan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, boleh dikatakan kebanyakkan universiti awam sedang menerima kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu.

Sudah semestinya pelajar-pelajar ini akan menghadiri minggu orientasi yang lazimnya dikendalikan oleh senior yang digelar sebagai fasilitator.

Mereka akan didedahkan dengan maklumat atau info berkaitan universiti mereka sendiri antaranya seperti lokasi dewan kuliah, pendaftaran subjek dan sebagainya bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di kampus.

Malah dalam tempoh itu juga, jadual pelajar baharu ini amat padat dengan aktiviti bermanfaat yang telah dirancang oleh pihak universiti.

Fasilitator Bergaduh Ketika Sesi Orientasi Dalam Dewan

Namun, suasana sesi orientasi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di selatan tanah air menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun X, salah seorang pelajar universiti berkenaan berkongsikan keadaan ketika dia menjalani minggu orientasi di universiti itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan fasilitator yang membuat prank kejutan bagi menyambut hari jadi salah seorang dari kumpulan mereka.

Pada mulanya dapat dilihat seorang fasilitator wanita dipercayai sedang memarahi dan bertengkar dengan seorang fasilitator lelaki yang ada disitu.

Kemudian, datang pula seorang lagi fasilitator lelaki yang lain cuba menenangkan suasana tegang berkenaan.

Namun, kedengaran dia juga tetap meninggikan suara dan tiba-tiba menjerit ke arah pelajar baru yang menyaksikan perkara itu di dewan tersebut supaya mereka mendiamkan diri.

Pertengkaran Rupanya Prank Sambut Hari Jadi Rakan Fasi

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila pertengkaran itu sebenarnya hanyalah sekadar prank bagi menyambut hari jadi salah seorang rakan fasi itu.

Kedengaran lagu ‘Happy Birthday’ berkumandang dan kelihatan seorang gadis diiringi beberapa individu lain menuju ke hadapan dewan.

Difahamkan, gadis itu merupakan ‘mangsa’ rakan-rakannya bagi menyambut hari istimewanya itu.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat 2.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Kebanyakan daripada mereka merasakan tidak sepatutnya prank dan sambutan hari jadi itu dilakukan ketika sesi orientasi pelajar baharu yang pastinya tidak mengenali mereka dengan lebih rapat.

Mereka berpendapat, seharusnya slot atau aktiviti tersebut diisi dengan program yang lebih bermanfaat.

Malah, ada juga yang mempersoalkan teknik meninggi suara dan marah ketika sesi berkenaan yang seharusnya tidak lagi digunakan dalam ‘menyambut’ pelajar baharu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman turut berhadapan situasi sama ketika melalui program orientasi.

Bagi mereka sepatutnya perkara sedemikian tidak patut berulang kembali di masa hadapan.

Berikut antara komen pengguna X:

“Tiber Celebrate Birthday Time Orientasi Orang Lain, Celebrate Dengan Member Tak Boleh Ke?”

“Masih Ada Lagi Ke Benda Ni? Teringat Waktu MDS Diploma Tahun 2016, Sebiji Macam Ni La Jerit-Jerit”

“Nak Cadangkan, Minggu Suai Kenal Siswa Baru, Buatlah Pengisian Berilmiah & Intelek, Sesuai Dengan Status U Tersebut”

“Budak-Budak Tu Baru Masuk, Kau Sambut Birthday, Kau Ingat Budak Tu Kenal Ke Kakak Tu, Sambut Dengan Kengkawan Je Dahla”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Momen Sambut Hari Jadi Bersama Keluarga ‘Rosak’ Gara-Gara Ada Grup Di Meja Lain Buat Bising [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mahasiswa Baharu Beratur Panjang Ketika Minggu Orientasi Universiti Buat Ramai Terkenang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.