fbpx
Now Reading
Siapa Yang Sepatutnya Berdiri Di Belakang Imam Ketika Solat Jemaah? Ini Penjelasannya [Video]

Siapa Yang Sepatutnya Berdiri Di Belakang Imam Ketika Solat Jemaah? Ini Penjelasannya [Video]

Antara individu yang boleh berada di belakang imam adalah mereka yang layak dan tahu bagaimana hendak menjadi imam serta cara menggantikan imam jika solat imam terbatal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui solat berjemaah merupakan salah satu perkara sunat muakkad yang boleh dilakukan oleh setiap umat Islam.

Malah ia lebih baik daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda pahala dan ia tidak hanya boleh dilakukan di masjid dan surau sebaliknya boleh juga dilakukan di rumah bersama keluarga.

Siapa yang patut duduk di belakang imam ketika solat jemaah?

Namun baru-baru ini, pihak Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor telah menjelaskan siapakah individu yang paling layak berdiri di belakang imam sekiranya solat imam terbatal menerusi satu sudut pandang (POV).

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki yang datang ke masjid dan terlihat beberapa saf di belakang imam tertulis perkataan ‘reserve’.

Merasakan semua orang sama di sisi Allah dan tiada tempat yang perlu disediakan khas untuk seseorang lelaki itu kemudiannya mencabut pelekat pada karpet saf berkenaan.

Tidak lama kemudian mereka memulakan solat berjemaah bersama imam, namun secara tiba-tiba solat imam telah terbatal secara tidak sengaja.

Orang dibelakang imam perlu menggantikan imam ketika solatnya terbatal atau memberi teguran

Perkara itu telah menyebabkan individu berada di belakang imam sepatutnya ke hadapan bagi menggantikan imam. Sedar mengenai perkara itu, lelaki berkenaan dengan sengaja keluar dari safnya kerana enggan mengetuai solat.

Susulan daripada insiden itu, pihak masjid kemudiannya menerangkan siapakah individu yang sepatutnya berada di belakang imam ketika solat jemaah dilakukan.

“Kata Imam Nawawi, hendaklah yang berada di belakang imam itu orang-orang yang faqih ataupun berilmu,” katanya.

3 jenis individu yang boleh ada dibelakang imam ketika solat berjemaah

Menurutnya terdapat tiga kriteria individu yang boleh berada di belakang imam iaitu:

  • Hendaklah orang itu layak dan tahu bagaimana hendak menjadi imam, contohnya apabila imam batal (solat) individu itu tahu bagaimana cara untuk menggantikannya.
  • Seseorang itu perlu tahu bagaimana ingin menegur imam dari segi gerakan ataupun bacaan.
  • Sentiasa bersedia menyampaikan pergerakan imam jika berlaku apa-apa seperti lampu mati ketika sedang berjemaah.

“Rasulullah SAW selalu meluruskan saf, seraya bersabda kepada para sahabat ‘luruskan saf kalian dan janganlah berkeluk-keluk, dan hendaklah yang berdiri di saf belakangku adalah ulu ahlam dan ulun nuha,” riwayat Muslim, Abu Dawud, dan Tirmidzi dai Abu Mas’ud.

@masjid.kg.nakhoda

SIAPAKAH LAYAK BERADA DI BELAKANG IMAM? “Rasulullah Shallallahu `Alaihi wa Sallam selalu meluruskan saf, seraya bersabda kepada para sahabat, “Luruskanlah saf kalian dan janganlah berkeluk-keluk, dan hendaklah yang berdiri di saf belakangku adalah ulul ahlam dan ulun nuha”.” riwayat Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi dari Abu Mas`ud #ilmuagama #masjid

♬ original sound – Masjid Kg Nakhoda – Masjid Kg Nakhoda
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.