Tular Kisah Tak Jadi Kahwin Ketika Hari Bahagia, Lelaki Perjelaskan Situasi Sebenar [Video]
Menurut Adam, pengantin perempuan telah memutuskan pertunangan di antara mereka pada penghujung Ogos dan bukan pada hari persandingan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berkahwin merupakan salah satu impian setiap pasangan yang bercinta, malah ia merupakan salah satu peringkat yang lebih serius untuk membina keluarga bersama.
Namun dalam mencapai impian tersebut ada juga yang gagal atas beberapa sebab sehingga menyebabkan salah seorang dari pasangan enggan untuk meneruskannya.
Majlis perkahwinan terpaksa ditukar kepada majlis doa selamat
Perkara sama turut berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam, 23, apabila dia tetap meneruskan majlis ‘persandingan’ yang digantikan dengan majlis doa selamat selepas pengantin perempuan menarik diri dari perkahwinan.
Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @demflaco, awalnya kelihatan ibu dan adik kepada Adam telah masuk ke dalam dewan sambil menitiskan air mata.
Bukan hanya itu, mereka dilihat naik ke atas pelamin bersama-sama tanpa pengantin perempuan dalam keadaan yang sedih.
Ibu jelaskan kepada tetamu mengapa tiada pengantin perempuan ketika hari tersebut
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, si ibu menjelaskan kepada tetamu pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan bersama Adam atas sebab tertentu ‘di saat akhir’.
Namun ketika hubungan diputuskan, keluarga Adam telah menyiapkan segala persiapan untuk meraikan majlis perkahwinan mereka pada 28 September itu.
Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan banyak persoalan kepada orang ramai apakah sebenarnya yang berlaku.
Adam jelaskan dalam live dah putus tunang pada penghujung Ogos, mungkin berpunca dari orang ketiga
Susulan itu, Adam telah tampil dalam satu siaran langsung di TikTok pada malam tadi (1 Oktober) untuk menjelaskan perkara sebenar.
Menurut Adam, pengantin perempuan yang berusia 25 tahun itu sebenarnya bukanlah mmmbatalkan perkahwinan pada hari persandingan seperti yang disangkakan oleh segelintir pihak.
Sebaliknya pada 23 Ogos lalu, wanita itu dan keluarganya telah tampil bersua di kediaman Adam untuk memulangkan cincin dan membuat keputusan tidak meneruskan perkahwinan.
Adam bagaimanapun cuba untuk menyelamatkan hubungannya memandangkan persiapan sudah pun dilakukan. Malah kad kahwin juga telah diedarkan kepada para tetamu pada bulan Ogos, namun sudah suratan yang jodoh mereka sampai di situ sahaja.
Difahamkan mereka mula berkenalan sekitar tahun 2022 ketika kedua-duanya bekerja di tempat yang sama. Namun menurutnya timbul pula isu membabitkan orang ketiga hingga terjadinya perkara ini.
“Perkara ini berlaku akibat orang ketiga, rakan sekerja dia sendiri. Tetapi bila pertama kali saya dapat tahu, saya maafkan dan tetap mahu meneruskan perkahwinan.
“Selepas ini kalau ada orang nak cakap tak jadi kahwin pasal badan ke apa, saya tak kisah. Benda ini semua tak kekal,” katanya.
Anggap tiada jodoh
Adam bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai bekas tunangnya itu demi kesejahteraan bersama dan lebih mempercayai bahawa hubungan mereka putus di tengah jalan kerana tiada jodoh.
Mengulas mengenai kos perbelanjaan, lelaki itu berkata, dia telah berbelanja lebih RM31,000 untuk majlis perkahwinan berkenaan termasuklah pembayaran dewan, cenderamata, dan sebagainya.
Namun dia enggan menjelaskan berapakan wang hantaran yang telah ditetapkan sebelum ini.
Enggan aib atau malukan sesiapa, ibu masih ada hubungan baik dengan keluarga sebelah pengantin perempuan
Ibu Adam yang tampil seketika semasa siaran langsung pula memaklumkan mereka enggan mengaib atau memalukan mana-mana pihak serta masih mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga sebelah perempuan.
“Dalam live ni tak perlulah kita bertanya mengapa terjadi begitu dan begini. Kerana live ini bukan bertujuan untuk mengaib atau memalukan sesiapa.
“Anak saya (Adam) pun ada buat salah, begitu juga di sana (pengantin perempuan). Kita ni tidak sempurna,” ujar ibu kepada Adam.
Malah wanita itu mengakui dia juga terkejut apabila video TikTok yang dimuat naik oleh Adam menjadi tular di platform berkenaan.
Ramai cadang ambil tindakan undang-undang? Ini jawapan Adam
Mengulas mengenai cadangan orang ramai agar dia mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya itu, Adam berkata perkara itu hanya akan dibincangkan bersama keluarganya dan keluarga bekas tunang sahaja.
“Kami tak akan kongsi, kami tak akan cerita atau post (muat naik) apa-apa sahaja berkenaan perkara itu,” katanya lagi.
Dia bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku dan percaya ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku.
Sebagai info sekitar tahun lalu, peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid ada menjelaskan pengantin boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan yang membatalkan perkahwinan namun terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan terlebih dahulu.
“Boleh saman sekiranya anda mengalami sebarang kerugian kewangan akibat pembatalan tersebut, seperti perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis perkahwinan,” ujarnya.
Selain itu, individu berkenaan juga boleh mendapatkan semula pampasan daripada bekas pasangan sekiranya si dia ada berjanji untuk membayar wang perbelanjaan perkahwinan.
Namun tegas beliau apa yang penting adalah setiap resit perbelanjaan perlulah disimpan sebagai bukti.
Peorang peguam yang dikenali sebagai lawyer Gandhi juga pernah menjelaskan mana-mana individu boleh menyaman pasangan dengan syarat sudah mempunyai perjanjian yang jelas.
Perjanjian yang dimaksudkan seperti sudah menghantar kad jemputan kahwin. Bagi tujuan tuntutan seorang Muslim boleh melakukannya di Mahkamah Syariah manakala yang bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Baca artikel di bawah: “Simpan Semua Resit”- Peguam Dedah Boleh Saman Tunang Jika Batalkan Perkahwinan [Video]
Baca artikel di bawah: “Saman Pasangan Sebab Batal Perkahwinan?” – Ini Penjelasan Peguam [Video]