fbpx
Now Reading
Betul Ke Nabi SAW Tak Mengaku Umat Jika Tak Kahwin? Ini Penjelasannya [Video]

Betul Ke Nabi SAW Tak Mengaku Umat Jika Tak Kahwin? Ini Penjelasannya [Video]

Menurut lelaki berbaju hitam itu ada para ulama dahulu yang tidak sempat berkahwin dan ia bukan kerana mereka tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW sebaliknya kerana sibuk mengarang kitab dan mengajar (ilmu agama Islam).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir kebanyakan individu di dunia ini pasti ingin membina bahtera perkahwinan. Namun tidak semua dapat melakukannya.

Ini kerana, segelintir darinya mungkin tidak dapat berkahwin kerana belum menemui jodoh yang sesuai dan sebagainya.

Namun kita sering mendengar sekiranya seseorang tidak berkahwin dikaitkan dengan hadis Rasulullah tidak mengaku umat.

Sebenarnya terdapat penjelasan mengenai hadis ini, dan orang ramai perlu memahaminya dengan lebih jelas lagi.

Jika tak kahwin Nabi SAW tak mengaku umat?

Baru-baru ini, pihak Masjid Bandar Seri Putra di TikTok telah menjelaskan mengenai perkara ini menerusi satu sketsa agar dapat menjelaskan dengan mudah kepada penonton.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita warga emas yang juga isteri sedang memberikan terjemahan kepada suaminya menggunakan bahasa isyarat mengenai ilmu yang disampaikan dalam satu majlis.

Perkara itu membuatkan dua lelaki di dalam masjid terbabit kagum dan merasakan mereka pasangan yang ‘sweet’.

Kawan keluar grup apabila disoal tentang kahwin, membina perkahwinan sunnah Rasulullah

Sejurus itu mereka kemudian melanjutkan perbualan dengan menceritakan tentang seorang rakan yang ingin berkahwin manakala seorang lagi rakan dikenali sebagai Najmi yang masih belum mempunyai pasangan.

Lelaki yang memakai baju hijau kemudian berkata setiap kali mereka bertanya mengenai perkahwinan kepada Najmi pasti dia akan keluar dari grup (WhatsApp). Namun lelaki memakai baju hitam hanya meminta untuk mendoakan yang baik-baik kerana dia mungkin mempunyai alasan tersendiri.

“Yelah, tapi janganlah sampai ke tua dia nak membujang. Nanti Nabi SAW tak mengaku umat tau.

“Berkahwin ni kan sunnah Nabi SAW yang dituntut, sesiapa yang tidak suka kepada sunnah Nabi SAW maka dia bukanlah dalam kalangan umat Nabi SAW. Kan ada hadis tu,” ujar lelaki berbaju hijau.

Dalam video tersebut mereka turut menyediakan hadis tersebut:

“Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan ummahku),” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ada yang salah faham, Nabi SAW tak suka orang yang tak nak kahwin tapi suka mendekati zina & perkara mungkar

Mendengar perkara itu, lelaki berbaju hitam mengatakan ia tidak benar seperti yang disangkakan dan ada salah faham mengenainya.

“Ada salah faham ni, maksud hadis itu Nabi SAW tak suka orang memang tak nak kahwin tapi suka mendekati zina dan perkara kemungkaran.

“Jadi janganlah kita suka-suka jatuhkan hukum mengecam orang-orang yang bujang ni. Jodoh, rezeki, ajal ini semua Allah dan aturkan untuk semua orang.”

Ada ulama yang tak sempat berkahwin seperti Imam An-Nawawi

Malah dia juga turut memaklumkan ada ulama dahulu yang tidak sempat berkahwin dan bukan kerana tidak mengikut sunnah Nabi SAW, sebaliknya tidak sempat kerana terlalu sibuk mengarang kitab dan mengajar (untuk menyampaikan ilmu agama Islam).

Katanya antara ulama yang tidak sempat untuk berkahwin adalah Imam An-Nawawi.

Selepas diterangkan barulah lelaki memakai baju hijau memahaminya dan mengatakan mungkin Najmi terlalu sibuk dengan perniagaannya di Putrajaya dan menyebabkan dia tidak sempat untuk mencari jodoh.

“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya. Oleh itu, hendaklah dia bertaqwa kepada sebagai lagi yang berbaki,” Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647).

@masjidbspofficial

Replying to @yvnvlee Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki. Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647). Susah nak jumpa jodoh pilihan hati? Jom ikhtiar cari kat sini @TillJannah.my #carijodoh #perkahwinan #bujang #masjidbandarseriputra #gisbh #andikaputera #abuyaskibidi #sekufu

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.