fbpx
Now Reading
“Ini Kena Naik Grab Ni” – Jarak Taman Permainan Dengan Blok Perumahan Jadi Bualan Ramai [Video]

“Ini Kena Naik Grab Ni” – Jarak Taman Permainan Dengan Blok Perumahan Jadi Bualan Ramai [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah jarak blok-blok perumahan tersebut dengan taman permainan serta gelanggang futsal dilihat agak jauh hingga mengundang rasa terkejut pengguna berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan kediaman yang ada di Malaysia kebiasaannya datang dengan fasiliti khusus buat penduduk antaranya seperti pengawal keselamatan, gimnasium, tempat parkir dan taman permainan.

Lazimnya, jarak rumah dengan kemudahan tersebut tidaklah begitu jauh. Ini kerana ia dibina khusus buat individu yang tinggal di situ dan memudahkan mereka untuk menggunakannya.

Jarak Taman Permainan & Gelanggang Futsal Dipisah Dengan Tempat Letak Kereta

Namun, berbeza pula dengan sebuah kediaman yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor ini.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @nikasyraf0605, pengguna berkenaan berkongsikan suasana perumahan baru ketika dia melalui kawasan tersebut.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat bangunan pertama perumahan berkenaan yang mengandungi 22 tingkat disambung dengan kawasan parkir berbumbung.

Kawasan parkir berbumbung itu pula disambungkan dengan blok kedua perumahan terbabit yang juga terletak bersebelahan kawasan parkir terbuka.

“Kau tengok eh rumah ni baru siap tau, aku tengok rumah ni, okey, not bad, tinggi, cantik.

“Panjang panjang dia punya bangunan, parking dia dekat tengah, okay tu Blok A lepas tu yang belah sana pula Blok B. Ada la dia punya blokkan, aku pun tak pastilah sebab rumah ni baru,” katanya.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah jarak blok-blok tersebut dengan taman permainan serta gelanggang futsal dilihat agak jauh hingga mengundang rasa terkejut pengguna berkenaan.

“Jauh gila mat taman dia, kau tengok tu taman dia dekat situ, lepas tu ni court futsal dia, bapaklah jauh taman dia,” katanya.

Malah, dia turut berseloroh mengatakan penduduk di situ perlu menaiki Grab jika mahu ke taman permainan berkenaan.

“Pergi taman permainan perumahan naik Grab lah kalau macam ni jauh dia,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Pengguna Media Sosial Terhibur, Turut Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 493,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mempunyai pendapat masing-masing mengenai jarak di antara blok perumahan dengan taman permainan berkenaan.

Ada yang berseloroh mencadangkan agar pihak pengurusan menyediakan kenderaan seperti skuter elektrik atau kereta buggy buat penduduk.

Tidak kurang juga ada yang melihat ia sebagai satu perkara positif menggalakkan penduduk untuk bersenam.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Setiap Kali Lalu Balik Kampung, Aku Fikir Benda Sama, Jauh Betul Taman, Mahu Kurus Hari-Hari Teman Anak Pergi Taman”

“Macam Kena Sediakan Buggy Je”

“Brisk Walk Je, Insya-Allah Meningkatkan Metabolisme Badan”

“Saya Pemilik Yang Beli Rumah Ni, Tak Kisahla Taman Jauh Ke Apa, Yang Penting Rumah Sendiri”

“Bagus La Jauh, Bila Anak Pergi Main, Mesti Mak Bapa Kena Bawa, Kalau Dekat, Mak Bapa Biar Je Anak Dia Main Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Hong Kong Dah” – Bilik Sewa Sempit Tepi Balkoni Dengan Harga RM600 Curi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: ‘Paling Banyak Tak Laku’ – Kediaman Harga RM500,000 Ke RM1 Juta Paling Banyak Tak Terjual

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.