“Takda Rasa Pasir Pun” – Influencer Indonesia Akui Nasi Kandar Malaysia Sedap [Video]
Dalam video terbabit, Mas Rio turut mengkritik nasi kandar Stefani yang dikatakan mempunyai kuah yang cair dan tidak menggunakan telur rebus, sebaliknya telur goreng.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang juga juara Masterchef Indonesia musim kelima mendakwa nasi kandar Malaysia rasa berpasir dan tidak asli.
Kenyataan yang diberikan oleh Stefani Harison itu telah mencetuskan kemarahan dan kecaman ramai rakyat Malaysia.
Memetik Kosmo, Stefani dikatakan baru sahaja membuka kedainya sendiri dan mendakwa nasi kandarnya lebih sedap kerana menggunakan bahan-bahan masakan yang segar.
Influencer Indonesia cuba nasi kandar Malaysia, tak tahu dekat mana rasa pasir
Terbaharu, seorang influencer Indonesia dikenali sebagai Mas Rio pula tampil mencuba sendiri nasi kandar di negara ini.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Mas Rio mencuba nasi kandar di salah sebuah restoran nasi kandar tertua di Malaysia, Hameediyah.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu di mana rasa pasir yang ada pada nasi kandar seperti yang didakwa oleh juara masterschef Indonesia itu.
“Di mana letaknya rasa berpasir itu? Pening saya,” katanya.
Mas Rio siap kritik nasi kandar Stefani, kuah cair siap guna telur goreng
Dalam video terbabit, Mas Rio turut mengkritik nasi kandar Stefani yang dikatakan mempunyai kuah yang cair dan tidak menggunakan telur rebus, sebaliknya telur goreng.
“Nasi kandar kenapa kuah cair? Kuah pekat lah bro! Saya ada tengok video dia (Stefani) buat nasi kandar, saya tengok kuah dia itu cair sangat, kalau dilihat itu bukan nasi kandar tapi nasi kari biasa, nasi kandar kuahnya kena pekat.
“Nasi kandar telur mata? Telur rebus lah bro! terus dia juga ada buat nasi kandar telur mata, adui mana boleh,” katanya lagi.
Mas Rio akui nasi kandar di Malaysia sedap, tiada rasa pasir
Menurutnya lagi, nasi kandar di Malaysia yang mempunyai campuran beberapa kuah yang pekat itu sememangnya sedap tidak seperti yang didakwa oleh Stefani.
Malah, dia juga akui bahawa kuah makanan tradisional Malaysia itu sama sekali tidak mempunyai rasa pasir.
“Jadi nasi kandar Malaysia tiada rasa pasirnya, yang ada rasa enak, mantap bro,” ujar Mas Rio.