“Tiada Hala Tuju” – Pensyarah Universiti Respon Isu Fasilitator Buat Prank Ketika Minggu Orientasi
Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh pensyarah universiti berkenaan, minggu orientasi lazimnya dirancang dan diuruskan sendiri oleh wakil pelajar selepas mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial video mengenai suasana minggu orientasi di sebuah universiti awam yang terletak di selatan tanah air.
Menerusi video yang tular itu, kelihatan sekumpulan fasilitator bertengkar sesama mereka sendiri sebelum kejadian berkenaan berakhir dengan sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka di hadapan pelajar baharu.
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka mengecam tindakan fasilitator berkenaan.
Malah, ramai yang berpendapat mereka tidak seharusnya bertindak sedemikian apatah lagi di hadapan pelajar baharu yang sepatutnya didedahkan dengan perkara yang lebih bermanfaat.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Tindakan Fasilitator Buat Prank Sambut Birthday Rakan Ketika Orientasi Mahasiswa Baru [Video]
Pensyarah Universiti Berpendapat Minggu Orientasi Tiada Hala Tuju
Isu berkenaan turut menjadi perhatian seorang pensyarah sebuah universiti awam.
Pensyarah yang dikenali sebagai Mu’iz Razak berpendapat Minggu Destini Siswa (MDS) tidak perlu diadakan sewaktu kemasukan pelajar baharu di universiti.
Menerusi satu ciapan yang dibuat olehnya menerusi platform X, dia berpandangan minggu orientasi yang dijalankan selama seminggu dilihat seolah-olah tiada tujuan.
“Sebagai pensyarah, aku tetap rasa MDS ini tak perlu. ‘Orientation’ week (Minggu orientasi) tiada hala tuju. Buang duit, buang masa, buang tenaga. ‘Fasi’ pun naik kepala,” ciapnya.
Boleh Beri Impak Negatif Kepada Pelajar
Tambah Muiz, pendapatnya itu dipersetujui oleh sesetengah pihak atasan serta rakan sekerja.
Malah, dari sudut pandangan berbeza, minggu orientasi sedemikian secara tidak langsung memberi impak negatif kepada pelajar.
Terangnya lagi, minggu orientasi lazimnya dirancang dan diuruskan sendiri oleh wakil pelajar selepas mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti.
Sebagai pensyarah UiTM, aku tetap rasa MDS ni x perlu. “Orientation” week tiada hala tuju. Buang duit, buang masa, buang tenaga. “Fasi” pun naik kepala. My superiors and colleagues also allowed this unnecessary shenanigans on campus.
— A. Mu'iz (@MuizRazakMR) October 2, 2024
Cringe. https://t.co/3WUS02yQi6
Pengguna Media Sosial Sokong, Ramai Setuju & Beri Pendapat
Ciapan tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan pendapat Mu’iz mengenai tindakan fasilitator yang membuat prank sempena hari jadi rakan mereka.
Tidak kurang juga ada yang berpandangan minggu sebegitu seharusnya diisi dengan program yang lebih bermanfaat khusus buat pelajar baharu.
Berikut antara komen pengguna X:
“MDS Perlu Tetapi Sila Belajar Cara Universiti Lain Handle MDS”
“Betul, Tak Perlu Merapu Sampai Berhari-Hari. Orang Datang Nak Belajar, Bukan Nak Tengok Diorang Sambut Birthday”
“Bagi Saya Boleh Je Nak Buat Cuma Isikan Dengan Slot Penting Seperti Maklumat Universiti, Hal-Hal Kenegaraan”
“Nasib Baik Mereka (Fasilitator) Tak Handle Pelajar Master, Mahu Koyak Diorang Kitaorang Kerjakan”
Baca Artikel Berkaitan: