fbpx
Now Reading
“Teringat Ayah”- Ramai Tersentuh Lihat Respon Tenang Pakcik Arab Ini Selepas Gadis Terlanggar Keretanya [Video]

“Teringat Ayah”- Ramai Tersentuh Lihat Respon Tenang Pakcik Arab Ini Selepas Gadis Terlanggar Keretanya [Video]

Lebih mencuri tumpuan, pak cik berbangsa Arab itu juga menolak tawaran ganti rugi oleh Juliah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai pengguna jalan raya berhemah, sudah pasti setiap peraturan dan undang-undang jalan raya akan sentiasa dipatuhi.

Namun, dalam pada seseorang itu mengikut peraturan dan memandu dengan baik, ada ketikanya kita tidak dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan jalan raya.

Apabila seseorang itu menjadi punca berlakunya insiden, sudah pasti rasa takut dan bersalah menyelubungi diri apatah lagi memikirkan respon individu lain yang turut terlibat sama dalam kemalangan tersebut.

Kebiasaannya, pemilik kenderaan yang dilanggar akan memarahi individu yang menjadi punca.

Tak Sengaja Terlelap & Terlepas Tekan Pedal Brek

Namun, berbeza pula dengan respon seorang individu apabila seorang gadis tidak sengaja terlanggar bahagian belakang keretanya.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @juliah.ann, gadis berkenaan berkongsi kisah dirinya yang terlibat dengan kemalangan yang berpunca dari dia sendiri.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Juliah itu, kemalangan berlaku berhampiran jalan di Eko Cheras High menghala ke Kajang pada 2 Oktober lalu kira-kira jam 7 petang.

Ketika kejadian, Juliah yang sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya tidak sengaja terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di hadapannya.

Dakwa Juliah, dia tanpa sengaja terlelap hingga hingga kakinya terlepas pedal brek dan menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Pak Cik Dilanggar Kekal Tenang, Usap Kepala Seperti Seorang Ayah

Panik dan takut dengan keadaan tersebut, gadis itu dilihat terus keluar memohon maaf. Namun, respon lelaki yang digelar Pak Cik Arab oleh pengguna berkenaan menjadi perhatian.

Ini kerana lelaki itu dilihat langsung tidak memarahi gadis tersebut. Malah, dia seolah-olah memahami dan mengusap kepala Juliah sebelum masuk ke kereta miliknya.

Terharu dengan respon yang diterima, Juliah mendakwa dirinya menangis di dalam kereta kerana tidak menyangka lelaki itu langsung tidak memarahi serta tetap memberi layanan yang baik walhal kenderaannya baru dilanggar oleh gadis itu.

Penat & Sakit Kepala Jadi Punca Diri Terlelap

Jelas Juliah, keadaannya yang penat dan sakit kepala serta hujan lebat pada ketika itu menjadi punca kemalangan tersebut.

“Selalunya aku letak telefon dekat dashboard and then on kamera untuk record aku macam acah-acah tengah buat vlog and atau record aku tengah nyanyi sebab nak elak mengantuk atau microsleep.

“Tapi semalam betul-betul tak larat ye, dengan sakit kepala lepastu hujan, aircond pula, dengan radio tak buka,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Malah difahamkan, walaupun dia telah menawarkan untuk membayar ganti rugi dan tuntutan insurans ke atas kenderaannya, lelaki itu tetap menolak.

@juliah.ann

Selalunya aku letak phone kat dashboard and then on camera utk record aku mcm acah2 tgh buat vlog and atau record aku tgh nyanyi sebab nak elak mengantuk atau microsleep . Tapi semalam betul2 tak larat ye , dgn sakit kepala lepastu hujan + aircond pulak dgn radio x bukak . Ya Allah , nasib takde apa2 . Tapi sampai skrg teringat ye pakcik ni pergi usap kepala 😭😭😭😭

♬ Late Night Vibe – Rude Boy

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Puji, Ada Yang Risau

Video yang telah mendapat lebih 646,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata sama sepertinya yang terkejut dengan respon dan aksi spontan pak cik berkenaan.

Ini kerana bagi mereka kebiasaannya mangsa akan mempertikai dan memarahi pelaku yang menjadi punca kemalangan.

Tidak kurang juga ada yang memuji layanan pakcik itu terhadap gadis berkenaan yang dilihat seperti layanan seorang ayah kepada anaknya.

Ada yang percaya beliau mungkin tenang memandangkan wanita berkenaan terus keluar memohon maaf.

Namun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang beranggapan tindakan lelaki itu mengusap kepalanya adalah tidak bersesuaian kerana seperti ‘mencabul’ hak asasi wanita itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Mesti Pakcik Ni Ada Anak Sebaya Awak Sebab Tu Dia Tak Mara, Dia Usap Kepala Tanda Sayang & Lebih Berhati-Hati Lepas Ni”

“Pernah Terlanggar Kereta Pak Arab Juga, Dia Pula Tanya Kita ‘Are You Alright?’ Alhamdulillah Rezeki Terlanggar Orang Baik & Penyabar”

“Kenapa Aku Seriau Dia Duak Buat Gitu Eh?”

“Positif, Mungkin Pakcik Tu Terfikir Kalau Dia Ada Anak Perempuan, Then Anak Dia Duduk Dalam Situasi Macam Tu”

“Ini Maksud Pakcik Arab Maafkan, Sebab Saya Pernah Kena Macam Ni, Bukan Nak Pukau Atau Gatal Tapi Dia Maafkan”

“Tu Dah Kira Mencabul Hal Asasi Wanita, Sentuh Pula”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kekal Tenang Kereta Lamborghini Miliknya Dilanggar, Siap Tanggung Sendiri Kos Kerosakan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Wanita Pandu Axia Kekal Tenang & Sempat Bergurau Lepas Terbabit Kemalangan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.