1 Oktober lalu, pemain tengah skuad kebangsaan dan Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba telah menyambut ulang tahunnya yang ke 27 tahun.
Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengucapkan selamat hari jadi kepada Syamer menerusi satu hantaran di akaun X sambil memaparkan gambar pemain itu yang berjersi Harimau Malaya.
“Selamat hari jadi yang ke-27 Syamer Kutty Abba! Kongsikan ucapan selamat hari jadi buat pemain Harimau Malaya ini di ruangan komen di bawah,” ciap FA Malaysia.
Warga Indonesia turut beri komen tapi berbaur rasis
Bagaimanapun, bukan hanya rakyat di negara ini yang memberikan ucapan terhadap Syamer, bahkan rakyat-rakyat Indonesia juga memberikan komen.
Apa yang mengejutkan, komen-komen daripada negara jiran itu dilihat kebanyakannya berbaur rasis dan hinaan kepada Syamer hanya kerana warna kulitnya.
Perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang rakyat Malaysia terhadap komen-komen yang disifatkan sebagai biadap itu.
Indonesia tuduh wajah Syamer seakan orang Bangladesh, siap hina warna kulit
Kebanyakan komen yang diberikan mengatakan wajah Syamer seakan orang Bangladesh yang mempunyai kacukan bangsa Melayu.
Selain itu, ada juga sesetengah pengguna media sosial dari Indonesia yang menghina warna kulit Syamer, ia sememangnya jelas berbaur sangat rasis.
Pun begitu, tidak semua warga Indonesia yang bersikap demikian, ada segelintir yang masih memberikan komen-komen murni selain mengucapkan ulang tahun kepada Syamer.
Berikut komen-komen yang diberikan oleh netizen dari negara seberang: