fbpx
Now Reading
“Dah Macam Ceramah” – Cara Pegawai KPDN Melaka Tegur Peniaga Ketika Serbuan Curi Tumpuan [Video]

“Dah Macam Ceramah” – Cara Pegawai KPDN Melaka Tegur Peniaga Ketika Serbuan Curi Tumpuan [Video]

KPDN Melaka telah melakukan pemeriksaan terhadap premis usahasama warga tempatan dan asing tersebut pada 30 September lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan merupakan aspek paling penting yang perlu dijaga dan diamalkan oleh setiap individu khususnya peniaga makanan.

Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya risiko penyebaran penyakit berbahaya kepada pelanggan.

Namun, ada segelintir peniaga yang dilihat mengambil mudah mengenai aspek tersebut terutama terhadap produk yang dijual.

Harga & Ejaan Pada Papan Tanda Tidak Dipamer Dengan Betul

Itulah yang dilakukan oleh peniaga di sebuah kedai runcit yang terletak di kawasan perindustrian Tanjung Minyak Perdana, Melaka.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @kpdnmelaka, beberapa orang pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah membuat serbuan di premis berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah cara penyimpanan barang seperti sayuran yang dikendalikan oleh peniaga itu adalah tidak bersih dan agak menjijikkan.

Pada mulanya, pegawai KPDN berkenaan menegur mengenai paparan papan tanda yang tidak meletakkan harga sebenar serta terlalu banyak kesalahan ejaan yang boleh mengelirukan pelanggan.

Antaranya seperti tidak meletakkan harga jualan gas termasuk caj pengangkutan serta nama barang seperti sayur dan ikan yang terlalu banyak kesalahan ejaan.

“You (awak) sebut lobak putih, you eja lobag puthe, bandi. Ini apa, Bandi Amuk ke apa ni?

“Kau jangan tulis ikut asal ikut tekak kau. Biar betul tulis tu, biar orang faham. Cuba cakap betul-betul.

“Ada barang limau, ada barang lemon. Ini mengelirukan ni, ini lemau, ini bukan limau, lemau,” kata pegawai berkenaan.

Malah, nama ikan yang disenaraikan juga turut mengelirukan contohnya talapia merah yang disingkatkan menjadi TM.

Sayur Dibasuh & Diletakkan Dalam Tandas, Ada Barang Dah Expired

Apa yang lebih mengejutkan adalah ada sayur yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan diletak dan disimpan dalam tandas.

Keadaan itu menyebabkan pegawai KPDN berkenaan menegur seolah-olah seperti memberi ceramah kepada warga asing itu.

“You (peniaga) pun kopiah bukan main tinggi dah macam menara dah. Saya nak tanya you, kebersihan separuh daripada iman, bukan?

“Tapi you tengok macam mana you simpan (sayur). You tak rasa ke orang yang nak makan tu. you nak bagi barang bersih.

“Kita dalam agama ni kan dia minta bagi barang bersih apa semua kan, simpanlah tempat elok. Kalau tak de tempat untuk simpan, ini bukan tempat dalam toilet nak simpan macam ni.

“Walaupun tempat ni you tak guna ke apa tapi benda duduk dalam toilet,” katanya lagi kepada peniaga itu.

Pegawai berkenaan turut mempersoalkan perasaan peniaga itu jika orang lain melakukan perkara sama kepadanya lebih lagi jika dia menjual barang yang telah tamat tempoh.

“Apa you rasa sebenarnya, apabila you untung kejar berniaga tapi you lupa ini aspek (kebersihan)?

“Lagi satu saya nak tanya dengan you, apa perasaan you kalau bagi orang makan barang dah expired?

“Ini nak bagi orang makan tahu. Dengar, orang tu kalau kata dia dalam perjalanan nak bertaubat, tiba-tiba makan barang expired, tak sempat taubat, sebab you,” katanya lagi.

@kpdnmelaka

Kebersihan kan separuh dari iman?. Kenapa barangan nak dijual simpan dalam toilet?. Patuh lah undang-undang. #kpdnkita #kpdn #kpdnmelaka

♬ original sound – KPDN Melaka – KPDN Melaka

Pengguna Media Sosial Terhibur, Ramai Puji Ketegasan Pegawai KPDN

Video yang telah mendapat tontonan lebih 2.3 juta itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka terhibur dan memuji ketegasan pegawai KPDN dalam memerangi sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Tidak kurang juga ada yang menganggap pegawai berkenaan seolah-seolah sedang memberi peringatan dalam ceramah agama.

Sekadar info, KPDN Melaka telah melakukan pemeriksaan terhadap premis usahasama warga tempatan dan asing tersebut pada 30 September lalu.

Menurut Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar, pemeriksaan itu dibuat selepas hasil intipan selama dua hari dilakukan oleh pihaknya sebaik menerima aduan daripada orang ramai.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati pengendali premis berkenaan gagal memematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Beberapa kesalahan dilakukan pengendali premis antaranya gagal mematuhi Perintah Penandaan Harga pada Barangan dan Caj Perkhidmatan 2020 termasuk mengenakan caj penghantaran.

“Premis ini juga didapati menjual barangan yang sudah tamat tempoh serta tidak mengamalkan aspek kebersihan yang baik pada barangan yang hendak diniagakan.

“Selain itu, kita turut menemui najis tikus di bawah peti sejuk di dalam premis berkenaan,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Terbaik KPDN Melaka, Ajar Penjual Mengeja & Membaca Siap Bagi Tazkirah, Semoga Insaflah Penjual Macam Ni”

“Insaf Member Berkopiah”

“Masalah Orang Pakistan Tak Fikir Bersih Ke Tidak, Meludah Pun Ikut Mana-Mana”

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Runcit Kantoi Sorokkan 8 Kotak Minyak Masak Selepas Diserbu KPDN Melaka

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Mamak Di Melaka Kantoi Sorok 750 Kg Minyak Peket Dan Gula Lepas Diserbu KPDN [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.