fbpx
Now Reading
Individu Cuba Selamatkan Anjing Pit Bull Selepas Dibuang Oleh Pemilik Depan Kedai Raih Pujian [Video]

Individu Cuba Selamatkan Anjing Pit Bull Selepas Dibuang Oleh Pemilik Depan Kedai Raih Pujian [Video]

Berdasarkan hantaran terkini pengguna berkenaan, anjing Pit Bull itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik veterinar dan ditempatkan di sebuah pusat perlindungan haiwan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing dan anjing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan kebanyakan individu untuk dipelihara dek kerana sikap manja dan patuh mereka.

Namun, ada orang yang tidak bertanggungjawab sanggup membuang haiwan peliharaan mereka atas sebab tertentu dengan cara yang salah.

Pun begitu, masih ada insan yang sanggup menyelamatkan haiwan malang ini dari dibiar hidup tanpa arah di luar sana.

Mohon Bantuan Daripada Penyelamat Bertauliah Namun Tiada Respon

Itulah yang dilakukan oleh seorang individu apabila cuba menyelamatkan anjing jenis baka Pit Bull selepas dibuang oleh tuannya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @itsukimey, pengguna berkenaan berkongsi kisahnya cuba menyelamatkan haiwan itu yang dipercayai dibuang oleh tuannya di sekitar kawasan Apartment Seri Idaman, Batu Caves, Selangor.

Difahamkan, anjing tersebut dipercayai dibuang oleh pemiliknya di hadapan kedai sarapan yang sering dikunjungi oleh pengguna itu.

Simpati dengan haiwan berkenaan, dia yang juga merupakan penyelamat dan pencinta haiwan cuba memberi bantuan kepada anjing tersebut.

Dia mendakwa telah cuba menghubungi kenalannya yang juga penyelamat yang bertauliah bagi membantu menyelamat dan memberi bantuan kepada haiwan berkenaan.

Namun, tiada seorang pun yang sanggup membantunya hingga haiwan tersebut akhirnya diambil oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Malah, ada rakannya yang mempersoalkan tindakan individu itu yang cuba mendapatkan bantuan berkenaan.

“Akak dah contact semua kawan-kawan rescue (penyelamat) sebelum MPS datang ambil, tapi yang jawab ‘takda duit tak payah la, sakit tu’, ‘biar jela MPS ambil’, ‘tak de masa la nak datang’.

“Akak terpaksa minta bantuan dengan cara lain dengan post setiap group media sosial sebelum MPS datang ambil,” tulisnya di video berkenaan.

@itsukimey

Mcm ni la rescue tak bertaulia mcm aku bila minta tolong haiwan yang betul2 perlukan bantuan daripada rescue2 TERhandal dalam malaysia😌 sekian, TERIMA KASIH! #akk🐈🐕

♬ suara asli – MUHDLOR VIOLIN DEMAK – MUHDLOR VIOLIN DEMAK

Ada Orang Hulur Bantuan, Ambil Anjing Pitbull Dari MPS

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja haiwan tersebut diambil oleh MPS, pengguna berkenaan berkongsikan ada orang yang cuba menghubunginya bagi menghulurkan bantuan.

Namun, pada waktu itu anjing Pit Bull berkenaan telahpun diambil oleh MPS. Pun begitu, difahamkan kumpulan penyelamat dari ‘Karma Paul’ telah pergi ke MPS bagi mengambil semula haiwan tersebut.

@itsukimey

Thanks kepada semua🙏🤝🏻 semoga pitbull ni sihat seperti sedia kala🤲🏻 #akk🐈🐕

♬ suara asli – S.A.K – S.A.K

Anjing Rupanya Sakit, Pasukan Penyelamat Cari Dana Mohon Bantuan

Berdasarkan hantaran terkini pengguna berkenaan, anjing Pit Bull itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik veterinar dan ditempatkan di sebuah pusat perlindungan haiwan.

Difahamkan, haiwan berkenaan mengalami jangkitan pada bahagian telinga, mempunyai ketumbuhan pada bahagian kaki dan mempunyai sakit kanser.

Pada ketika ini, pihak Karma Paul sedang mencari sumbangan bagi menampung kos rawatan haiwan tersebut.

Updated: 1)Esther Yee just rescued a dog in Klang. Not sure what happened. Maybe organ problem or hit by car. Now…

Posted by Karma Paul on Saturday 5 October 2024

👉Fundraising 筹款贴 👉Rescued 已经救援 😭UPDATED :Aiya..😭😭😭😭 Updated : they just arrived vet. Unfortunately dr, got appointment….

Posted by Karma Paul on Friday 4 October 2024

Ramai Puji Usaha Individu Cuba Selamatkan Anjing Pit Bull

Video yang telah mendapat lebih 840,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata memuji tindakan individu berkenaan yang sanggup membantu haiwan berkenaan mendapat perlindungan yang sepatutnya.

Namun, ada juga yang mengecam tindakan pemilik anjing Pit Bull tersebut yang membuang haiwan itu di kawasan terbuka dan mahu pengguna berkenaan membuat laporan kepada pihak berwajib.

Walau bagaimanapun, jelas pengguna itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menujukkan dengan jelas susuk tubuh pemilik haiwan berkenaan.

Buang Haiwan Satu Kesalahan, Pemilik Boleh Didenda

Tahukah anda, perbuatan membuang haiwan peliharaan merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Mengikut Seksyen 29(1)(p), individu yang meninggalkan haiwan di suatu tempat hingga menyebabkan trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit adalah satu kesalahan.

Manakala, mengikut Seksyen 29 (1)(r), pemilik sama ada sengaja ataupun tidak telah melakukan kesalahan jika membiarkan haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera dan mati di mana-mana.

Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM100,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Malah, meninggalkan haiwan berbaka Pit Bull di jalanan juga boleh membahayakan orang awam kerana anjing dari jenis ini sering dikenali sebagai ganas dan pernah dilaporkan menyerang manusia.

Bukan itu sahaja, Pit Bull juga sebenarnya tersenarai dalam anjing baka yang dilarang diimport di Malaysia.

Pitbull termasuk dalam senarai 7 Baka Terhad dilarang import oleh Dua agensi penguatkuasaan berkaitan haiwan iaitu…

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Tuesday 4 August 2020

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Alhamdulillah, Terima Kasih Orang Baik”

“Semoga Murah Rezeki Awak Selalu”

“Semoga Cepat Sembuh Pit Bull, Terima Kasih Orang Baik”

“Semoga Ada Orang Boleh Tolong Dia & Ada Owner Yang Baik Jaga Dia”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang Lihat Individu Buang Kucing Atas Alasan ‘Tak Larat Nak Bela’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Agama Perjelas Hukum Buang Kucing

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.