fbpx
Now Reading
Lepas Viral Dinding Berkulat & Berlumut, Fasiliti Asrama Di Universiti Awam Ini Kini Dicat Baru [Video]

Lepas Viral Dinding Berkulat & Berlumut, Fasiliti Asrama Di Universiti Awam Ini Kini Dicat Baru [Video]

Dalam video terbaharu, bukan sahaja dinding dicat, malah cermin kotor dalam tandas asrama universiti terbabit juga sudah dicabut dipercayai untuk ditukar baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan fasiliti asrama dipercayai di sebuah universiti awam di Terengganu yang kelihatan sangat usang dan daif.

Pendedahan mengenai perkara itu dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang dipercayai menginap di salah sebuah asrama perempuan di universiti itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik, kelihatan bilik asrama yang diduduki pelajar itu sangat usang selain dinding di kawasan ampaian serta tandas asrama tersebut juga kelihatan daif dan kusam, di mana sebahagiannya dipenuhi dengan lumut serta kulat.

Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Daif” – Pelajar Kongsi Keadaan Fasiliti Asrama Universiti Di Terengganu Cetus Perdebatan [Video]

Pihak universiti cakna dengan penularan video, terus ambil tindakan

Terbaharu, kelihatan pihak universiti berkenaan cakna dengan penularan video terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya dengan membaik pulih fasiliti tersebut.

Menerusi hantaran baharu yang dimuat naik oleh pelajar berkenaan di TikTok, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak univerisiti itu kerana mendengar suara dan kebimbangan pelajar.

“Terima kasih universiti kerana mendengar suara dan kebimbangan pelajar,” katanya.

Dinding dicat warna putih, cermin tandas sudah dicabut

Dalam video terbabit, kelihatan pihak universiti itu telah mengecat semula dinding di kawasan tempat menjemur pakaian dan tandas dengan warna putih.

Tidak hanya itu, cermin-cermin yang ada di dalam tandas yang sebelum ini kelihatan sangat kotor juga sudah dicabut dipercayai untuk ditukar baharu.

Kini tiada lagi kesan seperti kulat atau lumut berwarna hijau pada dinding, semuanya kelihatan seperti baharu.

Dalam pada itu, pelajar terbabit turut menjelaskan bahawa video yang dimuat naiknya sebelum ini bukanlah untuk mencari kemewahan atau kemudahan yang berlebihan, sebaliknya hanya ingin mendapatkan hak asas sebagai seorang pelajar.

“Kepada pihak yang mengkritik saya, saya ingin anda faham yang saya bukannya mahukan kemewahaan atau kemudahan yang berlebihan.

“Permintaan saya hanyalah hak asas saya sebagai pelajar untuk mendapatkan akses kepada penginapan yang bersih dan selamat.

“Ini sepatutnya dipenuhi bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan itulah sahaja yang saya minta,” katanya.

Baik pulih yang dilakukan pastinya membangkitkan semula semangat pelajar-pelajar di asrama berkenaan untuk menggunakan fasiliti terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Daif” – Pelajar Kongsi Keadaan Fasiliti Asrama Universiti Di Terengganu Cetus Perdebatan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.