fbpx
Now Reading
Cubaan Lelaki Curi Bateri Terbantut Selepas Ditegur Jiran Pemilik Kereta [Video]

Cubaan Lelaki Curi Bateri Terbantut Selepas Ditegur Jiran Pemilik Kereta [Video]

Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh jiran kepada pemilik kereta Proton Iswara tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya, pencuri atau perompak hanya mensasarkan barang berharga yang boleh menguntungkan mereka seperti wang atau barang kemas.

Namun entah mengapa ada segelintir mereka yang suka memfokus dan mencuri alat ganti, komponen atau aksesori kereta.

Antara komponen yang sering menjadi sasaran adalah tayar, rim, cermin sisi dan bateri kereta.

Cuba Curi Bateri Kereta Proton Iswara

Itulah yang berlaku di salah sebuah taman perumahan yang terletak di Meru, Ipoh, Perak apabila seorang lelaki dipercayai cuba mencuri bateri kereta.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ahlonggomezz, kelihatan individu berbaju biru itu sedang membuka bonet hadapan sebuah kereta Proton Iswara berwarna merah.

Dia dipercayai cuba mencuri bateri kenderaan berkenaan yang diletakkan di tepi jalan sebuah rumah.

Ditegur Ketika Sedang Buat ‘Kerja’

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit membatalkan niatnya selepas ‘terkantoi’ dengan perakam video ketika melakukan perbuatan tersebut.

Melalui perkongsian itu, kedengaran perakam bertanyakan kepada lelaki berkenaan apakah yang sedang dia lakukan.

“Repair (baiki) apa bang? Repair apa?” soalnya.

Lelaki berkenaan kemudian menjawab, “Tiada apa” sambil menutup bonet kereta Proton Iswara itu lalu berlari menuju ke simpang jalan.

“Motosikal tadi siapa tu, nampak nombor plat tu bang. Tak ada eh, boleh ye,” kata perakam lagi.

Malah, terdapat seorang penunggang motosikal dipercayai rakannya sedang menunggu lelaki tersebut di situ.

“Macam-macam hal sekarang. Tu dia tadi percubaan curi bateri, kawan dia tunggu hujung sana. Jangan buat macam ni ye, nasib baik,” kata perakam video itu lagi.

Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh jiran kepada @ahlonggomezz yang merupakan anak kepada pemilik kereta Proton Iswara tersebut.

@ahlonggomezz

percubaan curi beteri area meru heights Ipoh Perak jaga jaga pencuri beluasa #ipoh #meruheightsipoh #meru2c #meru2c #newsipoh #pdrmipoh

♬ bunyi asal – ahlonggomez – ahlonggomez

Pengguna Media Sosial Mohon Hati-Hati, Minta Segera Buat Laporan Polis

Video yang telah mendapat lebih 420,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka berpuas hati dan memuji tindakan perakam video yang berani menegur lelaki berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar pengguna berkenaan membuat laporan polis supaya dapat menangani perbuatan sebegitu di masa hadapan.

Sekadar info, menurut Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), Proton Wira menjadi kereta yang paling banyak dicuri pada tahun 2021 diikuti Proton Iswara dan Perodua Kancil masing-masing di tangga kedua dan ketiga.

Kebiasaannya, pencuri kereta berkenaan akan menjadi pembekal alat ganti dalam pasaran.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Report Polis Je, Orang Macam Ni Selagi Tak Kena, Dia Akan Buat Lagi”

“Bagus Abang Ni, Walaupun Kaya, Teguran Dia Amat Lemah lembut Berhemah Tinggi”

“Saya Pon Pernah Kena Sekali, Start Kereta Memang Takj Boleh Buka, Buka Dekat Depan, Tak De Bateri”

“Bang, Kalau Saya, Tak Tegur & Rakan Dari Rumah Bang, Depa Ni Keluar Penjara Bawa Dendam, Hati-Hati”

Baca Artikel Berkaitan: “Langsung Tak Takut” – Tular Perompak Selamba Larikan Toyota Vellfire Dalam Rumah & Depan Pemilik

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Parkir Tempat Gelap, Wanita Terkejut Tayar Kereta Kena Curi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Hampir Kena Curi, Pasangan Kongsi Kisah Didatangi Lelaki Mengaku Penarik Kereta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.