fbpx
Now Reading
“Malaysia Lebih Bersih Dari Indonesia?”- Konten Mat Salleh Tentang Isu Sampah Cetus Perdebatan [Video]

“Malaysia Lebih Bersih Dari Indonesia?”- Konten Mat Salleh Tentang Isu Sampah Cetus Perdebatan [Video]

Ada yang berpendapat perbandingan Mat Salleh berkenaan adalah tidak tepat kerana dia banyak tertumpu pada kawasan yang diduduki warga asing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan di sesebuah tempat termasuklah negara merupakan perkara yang sangat penting malah ia juga mencerminkan identiti masyarakatnya.

Bukan hanya itu, kawasan yang kotor akan mempengaruhi kesihatan yang tidak sihat kepada masyarakat. Ini kerana, rakyatnya terdedah kepada kuman disebabkan persekitaran yang tidak bersih.

Mat Salleh tunjuk kawasan di Malaysia yang kelihatan banyak sampah bertebaran

Baru-baru ini, seorang Mat Salleh telah memuat naik satu konten menunjukkan beberapa sisi yang kurang menarik mengenai Malaysia apabila kelihatan banyak sampah bertebaran di pelbagai tempat.

Malah dalam video tersebut Mat Salleh berkenaan turut bertanya adakah benar Malaysia lebih bersih daripada Indonesia seperti yang dikatakan segelintir rakyat negara ini.

Dia kemudian menunjukkan sampah-sampah yang berada di dalam laut, tempat pembuangan sampah dan banyak lagi.

Terbang ke Borneo untuk buat perbandingan

“Banyak orang Malaysia bilang (kata) kalau negara mereka lebih bersih dari Indonesia. Jadi aku (Mat Salleh) ke Borneo Malaysia untuk mengetahui kebenarannya.

“Sekilas terlihat, bersihkan (laut). Tapi lihatlah ini guys! Di sini aku melihat orang-orang membuang sampah sembarangan,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok akaun @bulesampah.

Sampah sarap turut dilonggokan di jalan raya, laut tercemar dengan botol, plastik dan banyak lagi

Menerusi video tersebut lelaki itu turut mendakwa terdapat longgokan sampah di jalan raya serta keadaan laut yang sangat kotor dan tercemar dengan sampah sarap seperti botol plastik, plastik sampah dan banyak lagi.

Malah dia merasakan longgokan sampah-sampah ini juga disebabkan sikap rakyat Malaysia sendiri dan bukan hanya berpunca dari pendatang.

“Beberapa orang Malaysia mungkin berpendapat semua sampah ini dari pendatang atau pelancong. Betul atau tidak? Tapi menurut saya, banyak orang Malaysia juga sama seperti orang-orang di Asia Tenggara lainnya.

“Di mana mereka menggunakan terlalu banyak plastik yang dipakai untuk sekali dan tidak memiliki pengelolaan sampah yang memadai.

“Jadi ini bukan siapa yang lebih kotor, Malaysia atau Indonesia. Ini tentang kebiasaan kita.”

@bulesampah

Apakah negara Malaysia lebih bersih dari Indonesia ?

♬ original sound – Bule Sampah – Bule Sampah

Ramai kurang setuju, kawasan yang dikunjungi lelaki Mat Salleh ramai warga asing

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Mat Salleh berkenaan.

Malah ada yang berpendapat kawasan yang dikunjungi lelaki itu merupakan tempat yang didiami oleh ramai warga asing dari Indonesia dan Filipina.

Bukan hanya itu, ada yang meminta lelaki berkenaan untuk ke Semenanjung Malaysia untuk melihat keadaan di sini.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan perkara itu sememangnya ada di Malaysia, namun rakyat di negara ini tidak pernah menutup mata memandang perkara itu.

Netizen Indonesia juga dilihat mengambil kesempatan untuk menyindir rakyat Malaysia sehingga tercetusnya perdebatan di kalangan mereka.

“Itu kawasan warga asinglah bos… Mesti yang tiada kad pengenalan, ada yang ada kad pengenalan lahir 70-an hingga 90-an bangga sampai tunjuk surat beranak dari Jabatan Pendaftaran Negara…”
“Betul kami tak tutup mata tentang ini. Tapi anda kena tahu penduduk di sana penduduk tempatan atau asing. Banyak orang luar ke Malaysia”

“Encik tapi orang Malaysia tidak mengakui itu sampah dari negaranya”

“Nih bocil yang suka mengata-ngata Indonesia banyak sampah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.