Peguam Terangkan Suami Tidak Wajib Bagi Isteri Duit Poket Jika Sudah Sediakan 4 Perkara Ini [Video]
Isu mengenai kewajipan suami seperti nafkah sering kali dibangkitkan setiap kali ada perceraian membabitkan selebriti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pasangan yang berkahwin atau mendirikan rumah tangga pasti tahu suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan.
Sebagai contoh suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan juga anak-anak. Malah ia merupakan perkara asas yang perlu dilakukan mengikut kepada kemampuan suami.
Namun mungkin ada segelintir dari pasangan pada masa kini sedikit keliru adakah duit poket atau duit belanja isteri termasuk dalam nafkah isteri.
Isu mengenai kewajipan suami seperti nafkah sering kali dibangkitkan setiap kali ada perceraian membabitkan selebriti atau figura berprofil tinggi.
Suami tak wajib bagi duit poket pada isteri jika sudah sediakan 4 perkara ini
Seorang peguam syariah di Kelantan yang dikenali sebagai Lawyer Azri di TikTok telah menerangkan seorang suami tidak wajib memberi duit poket kepada isteri jika sudah menyediakan empat perkara.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Lawyer Azri, awalnya seorang wanita telah bertanya kepadanya adakah suami perlu memberi duit setiap bulan untuk isteri?
Malah wanita itu turut menyifatkan duit poket yang diterima dari suami merupakan wang untuk kegunaan si isteri. Justeru dia tertanya adakah itu dikategorikan sebagai nafkah?
4 pekara wajib yang suami perlu sediakan
Azri lalu menjawab, nafkah mengikut hukum dan undang-undang merangkumi empat perkara iaitu:
- Makan dan minum
- Pakaian
- Tempat tinggal
- Perubatan
“Apabila suami dah sediakan empat perkara tadi. Dah dikira suami bagi nafkah. Jadi duit poket tidak wajib lagi suami bagi kepada isteri,” jelasnya.
Ada 2 cara untuk suami tunaikan nafkah
Menurut peguam itu lagi seorang suami mempunyai dua pilihan untuk menunaikan nafkah isteri seperti:
- Suami menguruskan sendiri empat perkara (nafkah yang perlu disediakan).
- Berikan wang kepada isteri untuk belikan empat perkara tersebut.
Walau bagaimanapun di ruang kapsyen Azri menjelaskan si suami wajib membayar semula duit isteri sekiranya wanita itu mendahulukan wangnya untuk membayar rumah atau membelikan makanan harian.
“Kecuali isteri dahulukan terlebih dahulu untuk menanggung segala kewajipan suami contohnya membayar rumah atau membelikan makanan harian dan suami wajib membayar balik dengan ‘duit’ perbelanjaan tersebut. Kecuali isteri reda dan ingin membantu suami,” tulisnya lagi.
@azrieyyyyy Part 43: nafkah suami kepada isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi 4 perkara iaitu makan minum, tempat tinggal, pakaian, perubatan. Dan semestinya bukan berikan duit pada setiap bulan, Kecuali isteri mendahulukan terlebih dahulu untuk menanggung segala kewajipan suami contohnya membayar rumah atau membelikan makanan harian dan suami wajib membayar balik dgn ‘DUIT’ pembelanjaan tersebut kecuali isteri redho dan ingin membantu suami. #lawyersyariekelantan #lawyersyarieazri #nafkah ♬ original sound – Pena Senja