
Ramai Sebak Lihat Lelaki Peluk 2 Pelajar Yang Sudah Kehilangan Bapa & Ibu [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang juga bapa kepada pelajar lain telah tampil ke hadapan dan memeluk dua pelajar yang telah kelihangan ibu dan ayah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehilangan ibu bapa merupakan perkara yang sukar untuk diterima apatah lagi jika ia berlaku kepada kanak-kanak yang masih kecil.
Ini kerana mereka tidak hanya hilang tempat bergantung sebaliknya mereka juga tidak dapat lagi merasai sentuhan kasih sayang dari figura yang dipanggil ibu dan ayah.
Adakalanya tentu sahaja hati kecil mereka merindui ibu atau ayah yang sudah pergi menghadap Allah SWT.
Bapa pelajar peluk rakan kepada anaknya yang sudah hilang ibu ayah
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video memaparkan dua orang kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa di sebuah sekolah rendah di Pahang.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Kakanneomey difahamkan ketika perkara itu berlaku satu program motivasi telah dijalankan di sekolah berkenaan dan turut melibatkan ibu bapa.
Dalam video berkenaan kelihatan dua orang pelajar lelaki telah berdiri di hadapan dan seorang dari mereka telah kehilangan bapa manakala seorang lagi kehilangan ibu.
Peluk pelajar sebagai tanda memberikan sokongan dan berkongsi kasih sayang
Namun datang seorang lelaki yang juga bapa kepada pelajar lain ke hadapan dan kemudian memeluk dua pelajar tersebut.
Pelukan yang diberikan oleh bapa yang dikenali sebagai Anas adalah seperti sokongan dan berkongsi kasih sayang kepada dua pelajar berkenaan. Meskipun tidak sama, pelukan itu mungkin dapat memberikan pelajar berkenaan melepaskan rindu kepada insan yang disayangi.
“Seorang ayah meluru ke hadapan memeluk dua orang anak ini, yang sorang kehilangan ibu dan seorang lagi sudah tiada ayah,” ujarnya dalam video tersebut.
Pelukan turut dilihat oleh ramai pelajar di dalam dewan
Pelukan Anas kepada dua pelajar tersebut turut dilihat oleh murid-murid yang berada dalam program berkenaan.
“Hebat ayah ni. Meluru anak-anak ini yang mesti merindui ayah dan ibu yang telah mereka hilang,” katanya di ruang kapsyen.
Malah perakam video berkenaan turut mengatakan meskipun anak-anak tersebut bukanlah anak kita namun ujian yang mereka hadapi sebenarnya adalah ujian juga buat kita yang melihat.
@kakanneomey Hebat ayah ni, meluru memeluk anak-anak ini yg mesti merindui ayah dan ibu yg telah mereka hilang. Salah seorang ibu nya sudah tiada, dan sorang lagi ayah pula yg sudah pergi. Tanggungjawab kita apa saudara ku? Bertanggungjawab lah sebelum kita di soal di sana. Mereka bukan anak kita tp ujian mereka adalah ujian juga buat kita. Allah uji tanda syg#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #trend #viral #parenting
♬ bunyi asal – 🇮🇩 🅻🅰🅶🆄🅺🆄 🇮🇩 – ༺TᗩᑌᖇᑌՏ ᗷOY༻
Ramai sebak lihat bapa sanggup berikan pelukan kepada pelajar yang kehilangan ibu bapa
Melihat di ruangan komen, tindakan Anas memeluk pelajar berkenaan turut membuatkan ramai sebak.
Malah ada juga yang memuji Anas seorang ayah yang hebat mungkin kerana tidak lokej untuk berkongsi kasih sayang bersama dua pelajar itu.
Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar dua pelajar terbabit dapat membesar menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.
“Ayah siapa ni? Hebatnya ayah awak dik. Mesti awak pun akan hebat seperti ayah awak ni dik”

“Sedih betul tengok. Anak saya pun tak dapat pelukan seorang ayah. Dah 11 tahun”
