fbpx
Now Reading
“Sangat Kotor” – Tular Pekerja Warung Cuci Kuali Guna Air Longkang [Video]

“Sangat Kotor” – Tular Pekerja Warung Cuci Kuali Guna Air Longkang [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan pekerja warung itu beredar dari longkang berkenaan selepas perbuatannya mencuci kuali dengan air longkang disedari seorang wanita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap peniaga makanan perlu mematuhi peraturan pengendalian makanan yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Peniaga dan pekerja juga perlulah menghadiri kursus pengendalian makanan agar mereka mengetahui cara yang sepatutnya untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat.

Hal ini jika tidak dititik beratkan boleh menyebabkan pelanggan mengalami keracunan makanan seperti sakit perut, muntah, dan sebagainya sehingga boleh mengancam nyawa.

Tular pekerja warung cuci kuali guna air longkang

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja di sebuah warung menjual roti canai telah mencuci kuali dengan menggunakan air longkang.

Menerusi video sohor berkenaan, kelihatan pekerja yang sedang memberus kuali dengan menggunakan air longkang itu tidak menyedari kehadiran seorang wanita yang sedang merakam perbuatannya itu.

“Penjual roti canai depan (warung) ini, diorang basuh kuali diorang guna air longkang kat sini, jadi sangat kotor lah,” kata wanita itu.

Terus cuci di tempat sepatutnya selepas sedar diri dirakam

Pekerja terbabit yang sedar kehadiran wanita tersebut merakam perbuatannya itu pada awalnya kelihatan seakan terpinga-pinga sambil duduk mencangkung di dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi lelaki dipercayai juga pekerja warung itu telah mengarahkan rakannya untuk beredar dari longkang terbabit.

Pun begitu, lokasi warung berkenaan dan waktu kejadian itu berlaku tidak dedahkan oleh wanita terbabit.

Ramai kecam dan minta pihak berkuasa ambil tindakan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pekerja terbabit yang mencuci kuali dengan menggunakan air longkang.

Malah, mereka turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap warung berkenaan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan yang sepatutnya.

Bab makan ni jangan buat main, ia melibatkan kesihatan pelanggan tau.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.