fbpx

Selepas Teruk Disindir Bagi Accord Lusuh, Penganjur Honda Day Akhirnya Ganti Hadiah Dengan BMW F30 [Video]

Difahamkan, hadiah BMW F30 itu merupakan pemberian daripada pihak penganjur Honda Day sendiri dan bukannya ditaja oleh mana-mana pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kelmarin (6 Oktober), acara Honda Day Malaysia 2024 teruk menjadi bahan jenaka dan sindiran netizen di media sosial selepas tular pemenang hadiah utama cabutan bertuah hanya membawa pulang sebuah kereta Honda Accord SM4 keluaran 1992.

Manakan tidak, bukan model lama yang menjadi isu, sebaliknya kondisi kenderaan seperti cat yang agak lusuh selain beberapa kesan calar yang dibiarkan pada kereta tidak diperbaiki sebelum menyerahkannya kepada pemenang.

Difahamkan, peserta acara terulung bagi geng-geng Honda itu perlu membeli sehelai baju berharga RM80 dan topi RM10 untuk melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah berkenaan, namun hadiah yang diterima tidak setimpal.

Penganjur Honda Day 2024 ganti hadiah kereta SM4 dengan BMW F30

Selepas teruk menjadi bahan troll di media sosial, penganjur Honda Day 2024 yang dikenali sebagai Remy Ampang akhirnya menggantikan hadiah terbabit kepada BMW F30.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @riezuan_099, kelihatan BMW F30 berwarna kuning itu diserahkan kepada pemenang dengan menaiki sebuah lori.

Dalam video terbabit, kelihatan kereta yang diselimuti dengan kain berwarna hitam itu dibuka oleh pemenang terbabit bersama Remy Ampang.

Hadiah dari penganjur acara, tidak ditaja mana-mana pihak

Difahamkan, hadiah tersebut merupakan pemberian daripada pihak penganjur Honda Day sendiri dan bukannya ditaja oleh mana-mana pihak.

Pemenang hadiah tersebut ketika ditemui pemilik video ini kelihatan sangat gembira dan menyatakan bahawa kereta tersebut telah lama diimpikan oleh isterinya.

Dia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menggantikan hadiah Honda Accord SM4 itu kepada BMW F30.

@riezuan_099

Sm4 ganti dgn F30 👍🏼👍🏼 Bru mantapp

♬ original sound – riezuan_ – riezuan_

“Tak semestinya event Honda bagi kereta Honda, (kalau macam tu) event RXZ sepatutnya bagi motosikal RXZ lah, kenapa bagi Toyota Vellfire?” kata pemilik video.

Terdahulu, penularan mengenai hadiah utama cabutan bertuah Honda Day 2024 terbabit telah membawa kepada pembongkaran oleh netizen yang menjumpai harga kereta tersebut dibeli hanyalah RM3,500 sahaja.

Malah isu tersebut lebih panas apabila penganjur mula tuding menuding bersama penaja selepas kereta berkenaan menjadi ‘bahan’ orang ramai termasuklah di luar komuniti automotif.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.