fbpx
Now Reading
“Comelnya” – Gelagat Pakcik Sakat Pesakit Katil Depan Di Hospital Raih Perhatian [Video]

“Comelnya” – Gelagat Pakcik Sakat Pesakit Katil Depan Di Hospital Raih Perhatian [Video]

Menurut Dekna, bapanya itu telah dimasukkan ke hospital selama lima hari dan gelagatnya mengusik pesakit di katil hadapannya sekadar bergurau kerana bosan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hospital merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh individu untuk mendapatkan rawatan kesihatan atau melawat orang sakit.

Umum mengetahui keadaan di hospital sedikit sunyi, ini kerana kebanyakan pesakit akan menggunakan masa ini untuk berehat secukupnya untuk proses baik pulih.

Oleh itu, keadaan ini adakalanya membuatkan segelintir daripada pesakit berasa bosan dan mula mencari aktiviti seperti berkenalan dengan pesakit lain dan sebagainya.

Gelagat pakcik menyakat rakan di katil depan ketika di hospital raih perhatian

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga dipercayai warga emas turut melakukan perkara sama apabila gelagatnya menyakat pesakit lain menjadi perhatian.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Dekna di TikTok, kelihatan dia pada ketika itu sedang menemani bapa yang dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

Malah ayah Dekna turut dilihat memakai oksigen ketika berada di hospital berkenaan.

Namun apa yang mencuri tumpuan, meskipun sakit gelagat ayahnya menghiburkan hati ramai apabila seronok mengusik pakcik yang juga pesakit di depan katilnya.

Awalnya angkat tangan sebelum teropong pakcik di katil depan

Dalam video itu kelihatan dia mulanya mengangkat tangan ke arah pakcik berkenaan sebelum pesakit itu menunjukkan ibu jarinya menandakan dia baik-baik sahaja.

Tidak lama kemudian dia dilihat seperti sedang mengusik pakcik itu seolah-olah sedang meneropongnya dan ketawa seorang diri.

“Ayah aku ni tak padan dengan dia pun tak sihat. Sibuk mengusik pakcik depan tu,” katanya.

@dekna.solehah

Ayah aku ni Xpadan dgan dia tu pon x sihat. Sebokkk dok mengusik pakcik depan tuuuu😅 #fypシ゚viral

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Suruh pelawat baring atas katil kerana dia ingin duduk

Perkara itu, turut membuatkan Dekna terhibur dengan telatah lucu bapanya. Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Dekna turut menunjukkan gelagat bapanya yang meminta pelawat untuk baring di atas katil pesakit.

Bapanya menyuruh pelawat untuk baring di atas katil pesakit kerana dia ingin duduk di atas kerusi. Tindakannya itu turut membuatkan doktor terkejut.

Namun dia dilihat gembira dan tertawa apabila si anak merakamkan keletah comelnya itu.

“Hari ini (9 Oktober) dia bagi orang tidur atas katil dia pula guys. Dia duduk dekat kerusi pula dah. Terkejut doktor,” ujar Dekna di ruang kapsyen.

@dekna.solehah

Harini dia bagi org tidur atas katil dia pulak guyssss. Dia duduk kat kerusi pulak dah. Tkejut doctor😭 #fypシ゚viral

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel & Thomas Hewitt Jones

Nak tunjuk sudah kuat agar dibenarkan balik

Di ruang komen, Dekna mengatakan bapanya melakukan perkara itu kerana ingin menunjukkan dirinya kuat kerana ingin pulang ke rumah kerana rakan yang diusik sebelum ini sudah balik.

Ketika ditanya oleh BuzzKini sudah berapa hari bapanya berada dalam hospital, Dekna menjawab lima hari di Hospital Taiping, Perak.

Kata Dekna lagi jika tiada sebarang masalah ayahnya mungkin akan dibenarkan pulang esok (10 Oktober) kerana bantuan oksigen telah dicabutkan.

Ramai terhibur dan doa cepat sihat

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keletah bapa Dekna malah ada yang menyifatkan dia comel.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar bapa Dekna cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

“Seronok nampak jumpa kawan”

“Alolo, comelnya pakcik, semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kepada akcik sekeluarga”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.