fbpx
Now Reading
Demi Anak Sakit, Ibu Sanggup Kayuh Basikal Dalam Gelap Untuk Jemput Ambulans [Video]

Demi Anak Sakit, Ibu Sanggup Kayuh Basikal Dalam Gelap Untuk Jemput Ambulans [Video]

Menurut Haikal, pihak ambulans sukar mengesan lokasi caller dan perkara itu menyebabkan si ibu terpaksa keluar mengayuh basikal dalam gelap untuk menjemput mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seseorang yang bergelar ibu mahupun bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak yang tercinta.

Apatah lagi jika perkara itu melibatkan pendidikan, keselamatan dan juga kesihatan mereka. Malah mereka juga sanggup mengadaikan nyawa sendiri demi kebaikan cahaya matanya.

Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans

Baru-baru ini, seorang ibu sanggup melakukan perkara sama apabila gigih mengayuh basikal meredah gelap malam untuk menjemput ambulans yang ingin mengambil anaknya yang sedang sakit di rumah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Danial Haikal di TikTok, kelihatan sebuah ambulans sedang mengekori sebuah basikal yang ditunggang oleh seorang wanita untuk menunjukkan arah rumahnya yang terletak di Kampung Charok Kudung, Pendang, Kedah.

Ambulans sukar kesan lokasi rumah menyebabkan si ibu terpaksa jemput

Wanita yang juga seorang ibu itu difahamkan menjemput pihak ambulans untuk mengambil anaknya yang sedang sakit selepas pihak berkenaan sukar mengesan lokasi rumah.

Namun apa yang menjadi perhatian, ketika dalam perjalanan ke rumah wanita berkenaan kelihatan jalan yang dilalui wanita tersebut gelap gelita tanpa sebarang cahaya lampu.

“Terima panggilan kecemasan dari hospital (dipercayai pesakit mengalami sawan). Tibanya di lokasi kami maklumkan kepada caller untuk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah.

“Dalam masa yang agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller datang, kami agak terkejut sebab ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap dan berkata ‘maaf lambat’.

“Lalu ia tunjukkan kami jalan ke rumahnya. Saya cuba pujuk dia untuk naik ambulans dan saya akan bawa basikal itu tapi dia tidak mahu,” jelas Haikal.

Cuba tawar wanita untuk naik ambulans, rumah jauh di dalam ladang kelapa sawit

Malah wanita itu turut mengatakan dia boleh mengayuh basikal terbabit sambil pihak ambulans mengikutinya dari belakang.

Kata Haikal rumah wanita berkenaan agak jauh kerana ia terletak di dalam ladang kelapa sawit, namun melihat kesungguhan si ibu membuatkan dia berasa sebak.

“Saya yang di dalam ambulans ni sebak tengok ibu ini sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit.”

Melihat di ruangaan komen, video tersebut membuatkan ramai sebak apabila terkenangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Malah ada yang mengatakan wanita itu merupakan seorang ibu yang hebat buat anak-anaknya.

@danialhaikall_

terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan).. tibaNya di lokasi (landmark) kami inform caller utk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yg agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller dtng kami agak terkejut sbb ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap2 dan berkata maaf lambat .Lalu ia tunjukan kami jalan untuk kerumahNya .Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan & saya yg bawa basikal tu tapi dia xmau ..Ibu tu kata xpa2 saya boleh kayuh .kami pon ikod la ibu tu .Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit .. Saya yg d dlm ambulan ni pon sebak tengok ibu ni sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit 😔😔😔😔😭😭😭😭

♬ Arief_Bersama menggapai impian – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

“Ibu sanggup buat apa saja untuk kita kan? Hilang dah rasa takut kayuh basikal dalam gelap sebab dalam kepala fikir anak sakit je dekat rumah tu”

“Sosok tubuh seorang ibu yang hebat, semoga Allah merahmatimu dan mengangkat darjatmu wahai ibu. Semoga Allah kurniakan syurga yang tertinggi buat mu..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.