fbpx
Now Reading
Gelagat Abang Bomba Diselamatkan Rakan Sekerja Selepas Jari Tersepit Pada Batang Mop Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat Abang Bomba Diselamatkan Rakan Sekerja Selepas Jari Tersepit Pada Batang Mop Buat Ramai Terhibur [Video]

Pengguna TikTok yang juga anggota Bomba menjelaskan dia sudah mengambil masa 30 minit bagi mengeluarkan jari yang tersepit namun usahanya gagal lalu meminta bantuan rakan sepasukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecanggihan dan kemajuan teknologi pada masa kini diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian.

Seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat banyak perubahan melalui penciptaan peralatan dan gajet yang semakin maju serta memudahkan kehidupan manusia.

Peralatan rumah seperti mesin basuh, peti ais malah mop juga tidak terkecuali daripada mengalami perubahan dan kemajuan ini.

Namun kadang kala, jika terlalu canggih juga, ia boleh ‘memakan’ pengguna itu sendiri.

Jari Tersepit Ketika Menggunakan Mop

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang juga merupakan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) apabila dia menjadi ‘mangsa’ sebatang mop.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @wandanielthaqif, kelihatan pengguna berkenaan sedang diselamatkan oleh seorang individu yang dipercayai rakan baiknya sendiri.

Apa yang menjadi perhatian adalah pengguna yang dikenali sebagai Wan dan bekerja sebagai anggota Bomba itu diselamatkan oleh rakannya yang juga merupakan anggota Bomba.

Melalui perkongsian tersebut, jari telunjuk tangan kanan Wan tersepit pada ruang kecil bahagian hadapan mop berkenaan.

Namun, dia cuba diselamatkan oleh rakan sekerjanya menggunakan pemutar skru berwarna kuning.

Kedengaran rakannya itu meminta Wan untuk menahan sakit ketika dia cuba mengeluarkan jari Wan pada mop itu.

“Bila kau Bomba (tapi) perlu Bomba. Gatal sangat masukkan jari, sampai orang tu pun gelak,” tulisnya.

Cari Cara Keluarkan Jari Selama Setengah Jam

Menerusi balasan Wan di ruang komen, dia menjelaskan dirinya mengambil masa selama setengah jam bagi mencari sendiri cara untuk mengeluarkan jari yang tersepit sebelum meminta bantuan rakan sepasukannya yang kebetulan bercuti pada hari itu.

Malah, dia ada juga berfikir untuk terus pergi ke balai bagi mendapatkan bantuan sambil membawa batang mop berkenaan jika sudah tiada cara lain yang ditemui dek kerana jarinya semakin membengkak.

Jelas Wan, dia baru sahaja menggunakan mop tersebut dan tidak tahu cara untuk memasukkan tisu ke bahagian bawah mop berkenaan.

Oleh sebab itu, dia memilih untuk menggunakan jari bagi memasukkan tisu berkenaan sebelum akhirnya tindakan itu memakan diri.

@wandanielthaqif

Batang mop punya pasal la ni..nasib bomba bertemu ngn bomba..#fyp

♬ original sound – Tok_cu – Tok_cu

Ramai Terhibur, Ada Juga Yang Kongsi Pengalam Pernah Jadi Mangsa Mop Yang Sama

Video yang telah mendapat lebih 340,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat Wan dan rakannya ketika masing-masing cuba mencari cara untuk mengeluarkan jarinya yang sedang bengkak itu.

Namun, ada juga yang turut berkongsi pengalaman hampir tersepit jari ketika menggunakan mop dari jenis yang sama.

Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan tips dan cara sebenar bagaimana memasukkan tisu tersebut dengan cara yang betul.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Tak Aci La Yang Datang Selamatkan Tu Tak Pakai Baju Bomba”

“Risau Pula, Kita Baru Je Beli Mop Ni, Karang Masuk Tisu Dalam Mop, Tersepit Jari Jenuh Kena Panggil Abang Bomba”

“Pernah Kena, Sakit! Nasib Boleh Keluar, Terus Tak Guna Mop Ni, Takut Hilang Jari”

“Bomba Pun Dah Tak Selamat Sekarang”

“Saya Ada mop Ni, Saya Pakai Jari Tapi Tekan Ala Kadar Je, Cukup Sekadar Tisu Tu Terlekat Walaupun Sedikit”

Baca Artikel Berkaitan: “Habis Huru-hara” – Ramai Terhibur Lihat Kanak-Kanak Larikan Diri Semasa Demonstrasi Bomba [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Tarik Muka Lepas Di Selamatkan Oleh Abang Bomba

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.