“Pengorbanan Yang Dirahsiakan” – Kisah Anak & Ayah Ini Bikin Ramai Menitis Air Mata [Video]
Dalam kehidupan ini, anak-anak sememangnya akan lebih cenderung untuk menuju ke arah bapa jika inginkan sesuatu, betul kan?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang ayah bukan sahaja pelindung, malah figura inilah yang sentiasa sibuk untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarganya. Malah, setiap hari boleh dikira berapa jam sahaja anak-anak dan ahli keluarga lain dapat duduk dan berborak dengan seorang ayah dan suami.
Tanpa kenal erti susah, ayah sememangnya individu yang tidak mengeluh dan mengadu.
Apa sahaja kesusahan yang dihadapi, tidak kiralah dalam aspek apa sekalipun termasuk emosi, kewangan, dan sebagainya – pasti akan ‘ditelan’ sahaja tanpa berniat untuk membebankan sesiapa sahaja.
Mulia sungguh hati seorang ayah.
Kisah Ayah & Anak Ini Bikin Kami Menitis Air Mata
Baru-baru ini, satu video telah menyingkap pengalaman seorang anak yang memiliki ayah yang begitu sibuk dek mencari rezeki. Namun, apa yang diluahkan oleh anak tersebut hanyalah perkara positif sahaja tentang si bapa.
Remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Adam Haris ini menjelaskan bahawa meskipun ada beberapa ‘milestones’ yang dirai olehnya tanpa kehadiran seorang ayah, namun dia tetap memanjatkan kesyukuran kerana figura ayah itu memiliki sebab tersendiri di sebalik ketidaannya.
Pendek kata, ada sebab yang munasabah mengapa ayahnya tiada pada momen-momen tertentu di dalam hidup.
Kongsi Saat Paling Sedih Ketika Ayah Tak Ada Di Sisi
Mengulas lanjut, Adam menjelaskan sewaktu dia menerima keputusan yang baik untuk peperiksaan, si bapa yang lebih mesra disapa ‘Pak Ngah’ pada ketika itu tiada bersamanya untuk berkongsikan berita baik tersebut.
Lebih menyentuh hati Adam apabila perkara itu ditegur oleh rakannya, “Where’s your dad?”.
Dan ia menyebabkan Adam berasa sedih. Namun, dia memahami bahawa ayahnya itu memiliki sebab tersendiri untuk tidak bersama dengannya pada waktu dia ingin berkongsi kegembiraan bersama ahli keluarga tercinta.
Perkara ini turut dikongsi oleh si ayah di mana dia sendiri juga berasa terkilan kerana gagal hadir bersama untuk menggembirakan anak lelakinya itu. Namun, si bapa tahu bahawa tanggungjawab untuk bekerja juga penting demi menyara keluarga.
Kalau Nak Minta Sesuatu, Anak-anak Akan Cenderung Pergi Ke Bapa
Ini bukanlah fakta dan perkara asing lagi.
Dalam kehidupan ini, anak-anak sememangnya akan lebih cenderung untuk menuju ke arah bapa jika inginkan sesuatu. Nak telefon baru, nak beli baju, nak makan sedap dan sebagainya – pasti si ayah akan menjadi ‘target’.
Bukanlah ia sesuatu yang buruk, tetapi hanya ingin memberi gambaran bahawa ayah adalah figura yang sentiasa mencuba yang terbaik untuk merealisasikan impian anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Maka tidak hairanlahh mengapa anak-anak dan isteri akan sentiasa pergi ke bapa dan suami.
Seorang Ayah Perlu Mahir Dalam Hampir Semua Perkara, Terutamanya Bab Kewangan…
Pak Ngah menerusi video sama turut menekankan bahawa seorang ayah dan ketua keluarga perlu mahir dalam pengurusan kewangan bagi memastikan ahli keluarganya mendapat yang terbaik.
Terutamanya mereka yang bergelar ‘sole breadwinner’.
Dia turut berkongsi tiga (3) perkara penting untuk menguruskan kewangan keluarga dengan baik iaitu:
- Mencari duit.
- Mengurus duit.
- Mengembangkan duit sedia ada.
Dan seperti cara yang dilakukan oleh Pak Ngah sendiri untuk memastikan kesihatan kewangan sentiasa terjaga demi masa depan anak-anaknya adalah dengan pembiayaan ASB Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bak kata pepatah, “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” yang membawa maksud sekecil-kecil usaha jika dilakukan secara rutin dan penuh kesabaran, pasti akan membawa kejayaan dan pulangan yang berbaloi untuk diri sendiri.
Kuncinya satu sahaja, konsisten.
BSN ASB-i Term Financing
Untuk pengetahuan anda, BSN ASB-i Term Financing ini merupakan produk patuh syariah yang menawarkan margin pembiayaan sehingga 105%. Individu yang berumur 18 hingga 70 tahun layak untuk memohon pembiayaan ASB ini.
Paling menarik, kadar keuntungan untuk produk ini adalah sangat kompetitif iaitu serendah 4.32% setahun! Dengan bayaran ansuran serendah RM44 sebulan, ini adalah peluang terbaik untuk memulakan pelaburan bagi masa depan anda dan keluarga tercinta. Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk mengambil Perlindungan Takaful atau Insurans untuk memastikan pelaburan lebih terjamin.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati kadar keuntungan rendah bagi pelaburan masa hadapan anda dan keluarga tersayang dengan BSN ASB-i Term Financing ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, boleh KLIK SINI dan kalau nak memohon pula boleh KLIK SINI.
Masa adalah terhad tau, kena cepat-cepat grab! Jom melabur untuk masa depan kewangan yang lebih baik. 😀
Tonton Kisah Adam & Ayahnya Menerusi Video Di Bawah:
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)