Sebelum ini, tular mengenai tangkapan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya selepas didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan di media sosial, ketiga-tiga mereka kemudiannya dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan.
Pun begitu, pada Isnin lalu (7 Oktober), Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norhidayah Mahadi, 24 dan Norshazrina Md Zamri, 27, kerana ketiga-tiga tertuduh tidak hadir pada sebutan kes yang bermula pada 9 pagi itu.
Hakim Siti Shakirah yang mengeluarkan waran tangkap berkenaan telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 November hadapan.
Hot Daddy kembali aktif di X, iklankan khidmat persundalan
Terbaharu, media sosial gempar apabila sebuah akaun X yang didakwa milik bapa kepada tiga orang anak itu kembali aktif mengiklankan khidmat persundalan.
Berdasarkan pencarian yang kami lakukan, akaun yang memaparkan wajah ‘Hot Daddy’ dan mempunyai pengikut lebih 116,000 itu sudah kembali aktif sejak 15 Ogos yang lalu.
Sertakan ‘link’ Telegram jika ada orang yang ingin langgan
Malah, akaun yang dicipta pada Januari 2022 itu juga turut menyertakan ‘link’ Telegram bagi sesiapa yang berminat untuk melanggan khidmat persundalannya dengan harga RM150.
Lebih membimbangkan lagi, akaun terbabit juga tanpa segan-silu berkongsi beberapa video dan gambar lucah lelaki dipercayai ‘Hot Daddy’ bersama wanita.
Susulan itu, kebanyakan pengguna media sosial mula menyuarakan kebimbangan mereka setelah melihat akaun X terbabit kembali rancak mengiklankan khidmat persundalan selain individu berkenaan masih belum menerima hukuman.
Pun begitu, kami tidak dapat memastikan adakah individu di sebalik akaun X berkenaan adalah sama dengan ‘Hot Daddy’ yang sedang diburu polis.
Baca Artikel Berkaitan: Hot Daddy & Dua Teman Wanita Didakwa Lagi, Mengaku Tidak Bersalah Jual Video Lucah