fbpx

Tular Cium Doh Roti, Pekerja Auntie Anne’s Diberhentikan Serta Merta

Menurut Auntie Anne’s, mereka memahami kebimbangan yang disuarakan oleh orang ramai berhubung insiden pekerja mencium doh roti itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (8 Oktober), tular di media sosial perbuatan tidak senonoh seorang pekerja kedai roti di sebuah pusat beli belah yang terletak di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, terdapat beberapa gambar serta video yang memaparkan pekerja francais Auntie Anne’s sedang bermain dan mencium doh roti.

Malah, dia juga dilihat tidak mengenakan sarung tangan ketika menguli dan memegang doh berkenaan.

Tindakan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial hingga ramai yang mahu francais terbabit segera mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut.

OMG .. 她到底在干嘛?真的很恶心🤢🤮 #AuntieAnnes

Posted by Xiiao Liingzz on Tuesday 8 October 2024

Pekerja Dipecat Serta Merta

Ekoran daripada insiden yang tular itu, Auntie Anne’s menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial mereka memaklumkan pekerja yang dikenali sebagai Alice Chang telah diberhentikan serta merta.

Menurut francais tersebut, mereka memahami kebimbangan yang disuarakan oleh orang ramai berhubung kejadian berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang sebelum ini bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia tetapi dia telah diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya.

Komited Pastikan Kebersihan Terjaga

Tegas Auntie Anne’s, pihaknya amat komited dalam memastikan kebersihan dan keselamatan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk pelanggan dan kakitangan.

Malah, mereka tidak akan membiar atau bertoleransi bagi sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.

Cawangan Auntie Anne’s Di Mid Valley Ditutup Sementara Waktu

Pada masa yang sama, Auntie Anne’s memaklumkan cawangan mereka di Pusat Beli Belah Mid Valley akan ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan pembasmian kuman.

“Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.

“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami yang dihargai pada masa ini.

“Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata mereka lagi.

Public Announcement from Auntie Anne's Malaysia Outlet Midvalley KL, Level 3

Posted by Auntie Anne's Malaysia on Tuesday 8 October 2024

Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Bas Siasat Dakwaan Pemandu Wanita Bercumbu Ketika Memandu & Lewat Tiba 3 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pekerja Kencing Di Longkang, JKNM Arah Restoran Mamak Tutup 14 Hari [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.