
Gelagat Kucing Reda Kena Dodoi Dengan Kanak-kanak Perempuan Buat Ramai Geli Hati [Video]
Jelas kelihatan raut wajah kucing berkenaan pasrah dan reda sewaktu didodoi oleh kanak-kanak perempuan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Haiwan peliharaan seperti anjing, arnab dan kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dibela.
Malah setiap haiwan ini turut mempunyai personaliti tersendiri yang membuatkan tuannya sentiasa berasa gembira setiap kali berada dengan mereka.
Bukan hanya itu, mereka yang membela haiwan seperti kucing turut menganggap si bulus ini adalah keluarga.
Kucing reda ketika didodoi oleh tuan
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seekor kucing yang reda dengan situasi dihadapinya sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kakakntigerbff di TikTok, awalnya kelihatan kanak-kanak perempuan berkenaan sedang duduk di atas katil sambil membelai kucing yang terbaring.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, kanak-kanak berkenaan tidak hanya membelainya bahkan mendodoi kucing terbabit sambil berzikir.
Kucing turut dipakaikan baju ketika dibacakan zikir oleh kanak-kanak perempuan
Haiwan yang turut dipakaikan baju itu bagaimanapun dilihat seperti reda dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Malah dia sedikit pun tidak melawan sebaliknya hanya terbaring dengan penuh tenang.
Bukan hanya itu, kanak-kanak berkenaan turut memegang tangannya sambil menepuk-nepuk kucing kesayangan yang dipercayai dipanggil Tiger.
Sering buat pelbagai aktiviti bersama-sama
Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik, kelihatan kanak-kanak perempuan itu sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dan dekat dengan kucing peliharaan berkenaan.
Bukan hanya dodoi sahaja, malah Tiger juga turut dilihat sering menemaninya ketika membuat kerja sekolah, bermain telefon, bermain masak-masak dan banyak lagi.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat keletah kanak-kanak dan kucing berkenaan.
Malah ada yang turut meminta tips dari kanak-kanak berkenaan kerana kanak-kanak tersebut dapat membuat kucing itu tenang.
@kakakntigerbff Lailahaillallah Muhammadarrasulullah…❤
♬ original sound – Kakak&Tiger bff – Kakak&Tiger bff
“Bagi tips dik, kucing rumah acik ni sampai acik azan pun tak reti duduk diam. Macam terlebih gula”

“Kucing sedang bermuhasabah diri. Apalah dosa aku hari ni”

“Kucing ni penuh dengan iman, tu yang senyap”
