fbpx
Now Reading
Jadikan Jejantas Seperti Rumah Siap Tidur & Sidai Pakaian, MBSJ Sita Barangan Warga Asing

Jadikan Jejantas Seperti Rumah Siap Tidur & Sidai Pakaian, MBSJ Sita Barangan Warga Asing

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh pihak MBSJ, kelihatan jejantas tersebut dipenuhi dengan beberapa tilam serta pakaian milik warga asing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kawasan awam seperti jalan raya, jejantas atau jambatan merupakan kawasan yang sering digunakan oleh orang ramai.

Oleh itu, kawasan awam ini perlu dijaga dengan baik dan tidak boleh digunakan sesuka hati seperti dijadikan tempat tinggal atau sebagainya.

Malah keadaan tempat awam seperti jejantas atau bawah jambatan dijadikan sebagai tempat tinggal turut akan membuatkan kawasan berkenaan menjadi berbau, serabut dan buruk pada pandangan mata masyarakat.

MBSJ sita barangan warga asing yang diletakkan di jejantas

Perkara sama turut berlaku di sebuah kawasan di Subang Jaya apabila terdapat warga asing yang meletakkan barangan mereka di sebuah jejantas untuk dijadikan sebagai tempat tidur.

Susulan daripada perkara itu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bertindak menyita barangan tersebut.

Menurut MBSJ berkata tindakan itu dibuat selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Pakaian turut disidai di palang jejantas

Menerusi foto yang dimuat naik oleh pihak MBSJ di Facebook, kelihatan jejantas berkenaan dipenuhi dengan tilam manakala di bahagian palang pula terdapat pakaian dan tuala yang disidai.

“SJ City Council telah mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang menjadikan jejantas sebagai tempat tidur dengan menyita semua barangan di lokasi dan telah menjalankan pembersihan,” tulisnya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan kepada pihak MBSJ boleh menyalurkan maklumat melalui laman web atau hubungi Jabtan Penguatkuasaan melalui WhatsApp di talian 019 220 7823.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.